Kerja Kosong Muzium Negeri Kedah 2022 | Muzium negeri kedah mempelawa kepada warganegara Malaysia terutamanya Rakyat Negeri Kedah Darul Aman yang berkelayakan dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan untuk segera membuat permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.
Kerja Kosong Muzium Negeri Kedah 2022
- Pembantu Muzium Gred S19
gaji ditawarkan : RM1,352 – RM4003
Lain-lain jawatan terkini yang ditawarkan (Mohon disini)
Syarat asas permohonan
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 19 MEI 2022.
Mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia dan Kepujian dalam satu subjek sejarah, Kesusasteraan, Sains, Geografi , Fizik, Kimia atau Biologi pada peringkat peperiksaan tersebut.
Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan.
Cara memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang MNK 1/2022 yang berharga RM2.00 boleh didapati di Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Pejabat Muzium Negeri Kedah Darul Aman.
Borang yang lengkap diisi hendaklah dituliskan nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantarkan ke alamat yang telah diberikan.
Sila pastikan anda mengikuti arahan-arahan yang telah diberikan bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.