Thursday, June 1, 2023
HomeKerajaanKerja Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat

Kerja Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Kerja Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat | Kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan terutamanya anak-anak Negeri Selangor anda diminta untuk memohon jawatan seperti yang ditawarkan berikut:-

Objektif Majikan / Latar Belakang Majikan

Kerja Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat ditubuhkan pada tahun 1 jan 1977 dibawah akta kerajaan tempatan 1975 iaitu adalah gabungan daripada 3 majlis tempatan iaitu Majlis Tempatan Sg. Jarom,Majlis Tempatan Tanjung Sepat dan Lembaga Bandaran Kuala Langat.

Dan Objektif ditubuhkan adalah seperti berikut:-

  1. Mempertingkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan.
  2. Memperkukuh dan memantapkan kecekapan pengurusan kewangan bagi meningkatkan sumber hasil MPKL.
  3. Memantapkan pengurusan perkhidmatan perbandaran untuk kesejahteraan rakyat.
  4. Memperkasa tadbir urus MPKL teknologi semasa.
  5. Mempergiatkan pembangunan fizikal bandar yang mampan serta mengutamakan pemeliharaan alam semulajadi untuk kesejahteraan sosio ekonomi warga Kuala Langat.
  6. Memantapkan pembangunan sosial untuk memelihara kehormanian dan kesejahteraan rakyat.

Kerja Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat

  1. PEN. PEGAWAI PERANCANG BANDAR DAN DESA JA29
  2. PEMBANTU PENGUATKUASA KP19
  3. PEMBANTU TADBIR P/O N19
  4. PENGHANTAR NOTIS N11
  5. PEMBANTU AWAM H11
  6. PEMANDU KENDERAAN H11

Untuk jawatan-jawatan kerajaan yang lain anda boleh rujuk pada pautan yang kami sediakan berikut ( Jawatan kerajaan lain)

Syarat asas permohonan jawatan

  • Calon hendaklah daripada kalangan warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 30 Jun 2020.
  • Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk maklumat lanjut di lampiran yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.

Cara memohon jawatan

  • Untuk memohon jawatan yang ditawarkan anda hendaklah menggunakan Borang Permohonan jawatan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Kuala Langat.
  • Borang boleh diambil di pejabat @ anda boleh terus muatturun di pautan yang kami berikan dibawah.
  • Borang hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta mengikuti segala arahan-arahan yang telah diberikan.
  • Borang yang lengkap hendaklah dihantarkan ke alamat yang telah dinyatakan selewat-lewatnya jam 4.30 pada tarikh tutup permohonan
  • Borang yang dihantar selepas daripada tarikh ini tidak akan diterima

Borang Permohonan Jawatan
Syarat Penuh Jawatan

p/s: hanya mereka yang berkelayakan dan diterima sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga dan keperingkat seterusnya mereka yang tidak dipanggil dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup permohonan boleh menggangap permohonan anda tidak berjaya.

RELATED ARTICLES

2 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments