Kerja Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat Terkini | Pihak Majlis Perbandaran Kuala Langat mempelawa warganegara malaysia terutamanya anak-anak kelahiran negeri selangor yang berkelayakan untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
Kerja Kosong Majlis Perbandaran Kuala Langat Terkini
- Akauntan Gred WA41
- Penolong Pegawai Penilaian Gred W29
- Penolong Jurutera Gred JA29
- Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
- Pembantu Kesihatan Awam gred U19
- Pembantu tadbir Gred N19
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Awam gred H11
Syarat asas pelantikan jawatan
Calon hendaklah rakyat malaysia yang lahir di Negeri selangor atau Ibu Bapa yang lahir di negeri Selangor atau mereka yang telah tinggal di negeri selangor secara tetap melebihi 15 tahun.
Melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran telah kami sediakan pautannya dibawah.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan kerja kosong di Majlis Perbandaran Kuala Langat hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan jawatan yang telah disediakan di pautan dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Borang hendaklah dihantarkan bersama-sama dokumen-dokumen seperti berikut:-
- Gambar berukuran passport
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Salinan kad pengenalan ibu bapa pemohon
- Salinan sijl kelahiran pemohon
- Salinan sijil kelahiran ibu bapa pemohon
- salinan sijil-sijil akademik dan ko-kurikulum
- serta lain-lain sijil yang berkaitan yang telah disahkan.
Borang yang lengkap hendaklah dihantarkan ke alamat seperti berikut:-
Bahagian Sumber Manusia,
Jabatan Khidmat Pengurusan,
Majlis Perbandaran Kuala Langat,
Persiaran Majlis, Jalan Sultan Alam Shah,
42700 BANTING,
Tarikh tutup permohonan : 17 MAC 2021.