Kerja Kosong Majlis Perbandaran Dungun| Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan terutamanya rakyat negeri Terengganu anda diminta untuk membuat permohonan sekarang.
Latar Belakang Majikan
- MPD ditubuhkan pada 1 Januari 1981 di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) melalui Warta Kerajaan Negeri Terengganu No. 860 bertarikh 18 Disember 1980.
- Merupakan salah sebuah daripada 7 buah Pihak Berkuasa Tempatan yang terdapat di Negeri Terengganu Darul Iman.
- Misi dan visi adalah untuk meningkatkan pertumbuhan perbandaran kearah keselesaan dan kesempurnaan kehidupan warga Dungun dan melahirkan pengurusan pentadbiran dan berkhidmatan berbandaran yang cekap dan cemerlang serta dinamik.
Kerja Kosong Majlis Perbandaran Dungun
- Pegawai Penilaian Gred W41
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon.
- Rakyat Negeri Terengganu akan diberikan keutamaan.
Cara membuat permohon jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan jawatan iaitu Borang  MPD. TR. 1/2020 yang anda boleh muatturun di pautan kami telah berikan dibawah.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap bersertakan dengan salinan dokumen-dokumen seperti berikut:-
- Gambar berukuran passport (dilekatkan pada penjuru kanan Borang Permohonan) ;
- Salinan Sijil Kelahiran dan Kad Pengenalan.
- Salinan Sijil Kerakyatan Terengganu sekiranya pemohon lahir di luar Negeri Terengganu atau Salinan Kad Pengenalan bapa (jika bapa lahir di negeri terengganu).
- Salinan Sijil Persekolahan yang disahkan; dan
- Salinan dokumen berkaitan yang disahkan.
Sila pastikan anda membaca segala maklumat dan arahan yang telah ditetapkan bagi memastikan permohonan anda dinilai sebaiknya oleh majikan