Kerja Kosong Ketua Kampung Daerah Pontian | Kepada penduduk-penduduk kampung berbangsa melayu dan beragama Islam daripada kalangan rakyat Duli yang maha Mulia Sultan Johor yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Ketua Kampung anda diperlawa untuk segera membuat permohonan.
Kerja Kosong Ketua Kampung Daerah Pontian
- Ketua Kampung (Kampung Sepakat Jaya dan Kampung Seri Bunian)
Syarat asas permohonan
- Warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 40 tahun dan tidak melebihi Enam Puluh Lima tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
- Terbuka kepada penduduk watan kawasan berkenaan sahaja.
- Tidak muflis dan tidak ada sebarang sabitan kes jenayah.
- Sihat mental dan fizikal
- Mempunyai aliran pemikiran dan daya kepimpinan dapat diterima oleh masyarakat setempat dan pemimpin tempatan.
- Lain-lain syarat pelantikan yang telah ditetapkan.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Borang yang lengkap diisi hendaklah disertakan bersama-sama dokumen yang berkaitan berserta dua keping gambar berukuran pasport.
Sila pastikan semua maklumat dihantar sebelum tarikh tutup permohonan iaitu 30 Nov 2021.