Kerja Kosong Kerajaan PKNNS | Perbadanan Kemajuan Negeri Negeri Sembilan mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan seperti berikut.
Kerja Kosong Kerajaan PKNNS
- Jurutera Gred J41
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Penolong Jurutera Sivil Gred JA29
- Penjaga Jentera Elektrik J19
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 15 October 2021.
- Mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon.
- Seorang yang progresif, inovatif dan kompetitif dalam melaksanakan polisi-polisi kerajaan.
Cara memohon jawatan
Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah membuat permohonan dengan mengemukakan latar diri (RESUME) yang lengkap dan mengandungi maklumat berikut.
Anda boleh baca Panduan membuat resume yang baik di pautan telah kami sediakan berikut untuk memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
- Latar belakang pendidikan.
- Pengalaman kerja
- Kemahiran
- Penglibatan Luar
- Rujukan
- Nombor telefon untuk dihubungi
Setiap permohonan hendaklah menyertakan sekeping gambar saiz passport, salinan fotostat Kad Pengenalan, Surat Beranak, Sijil Berhenti Sekolah, Sijil-sijil kelayakan akademik serta lain-lain dokumen yang berkaitan yang telah disahkan benar. Permohonan yang lengkap hendaklah dilampirkan Surat Iringan (Cover Letter) yang memaklumkan nama jawatan yang dipohon dan dihantar kepada :
KETUA EKSEKUTIF
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI, NEGERI SEMBILAN
P.O.BOX 158, JALAN YAM TUAN,
70710 SEREMBAN. NEGERI SEMBILAN
(u.p. Bahagian Sumber Manusia & Perkhidmatan Pengurusan)