Kerja Kosong Kerajaan Penguasa Penjara Gred KA41 | Bagi seluruh rakyat malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan di Jabatan Penjara Malaysia anda diperlawa untuk membuat permohonan sekarang.
Kerja Kosong Kerajaan Penguasa Penjara Gred KA41
- Penguasa Penjara Gred KA41
23 kekosongan jawatan | 50 Simpanan
Syarat asas permohonan jawatan
Rakyat malaysia yang sah berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 8 Nov 2020.
Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana muda didalam bidang-bidang yang berkaitan seperti berikut:
- Kaunseling
- Psikologi
- Sumber Manusia
- Kriminilogi
- Pengajian Islam Dakwah
Syarat Kelayakan Ukuran Fizikal dan Pacaindera:-
- Ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu
- Mempunyai berat badan sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
- Ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
- Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
- Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
- Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan berdaftar.
Cara memohon
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam SPA yang kini telah dikemaskini anda boleh baca Panduan permohonan SPA9 yang terkini di pautan berikut.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.