Kerja Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia | Kepada warganegara malaysia yang sedang mencari jawatan kosong yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut:-
Latar Belakang Majikan
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) dilancarkan pada 15 Mei 2005 oleh Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi, Perdana Menteri Ke-5 bersempena Hari Belia Negara dan ditubuhkan di bawah Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 (Akta 668).
IYRES ditubuhkan sebagai badan berkanun yang bertindak sebagai pusat penyelidikan pembangunan belia kebangsaan. IYRES bertanggungjawab untuk menjalankan penyelidikan pembangunan belia, menganalisis isu-isu semasa berkaitan belia, menilai dan menyediakan input rujukan kepada pemegang taruh pembangunan belia.
Di samping itu, IYRES juga bekerjasama, menyelaras dan menyertai program atau aktiviti pembangunan belia yang berkaitan dengan penyelidikan yang dianjurkan oleh organisasi kebangsaan atau antarabangsa.
Kerja Kosong Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia
- Pegawai Belia dan Sukan Gred S48 (Contract Of Service / Pinjaman )
Untuk jawatan-jawatan terkini yang ditawarkan anda boleh rujuk di pautan kami telah sediakan berikut ( Jawatan Kosong Terkini)
Syarat Asas Permohonan jawatan
- Calon hendaklah daripada kalangan warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 30 Jun 2021.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya dibawah.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menghantarkan maklumat dan dokumen-dokumen seperti berikut ke alamat yang telah dinyatakan.
Dokumen / Softcopy yang diperlukan adalah seperti berikut:-
- Resume;
- Salinan Sijil Kelahiran;
- Salinan Kad Pengenalan;
- Salinan Sijil/ Diploma berkaitan;
- Sekeping gambar terbaru berukuran pasport;
- Salinan sijil-sijil ko-kurikulum; dan
- Borang Permohonan Jawatan ( Muatturun disini )
Sila pastikan anda membaca arahan-arahan yang telah ditetapkan sebelum membuat sebarang permohonan hanya mereka yang mengisi segala maklumat dengan tepat dan betul sahaja akan diproses untuk peringkat seterusnya.
Permohonan hendaklah dikemukakan kepada:
Ketua Pegawai Eksekutif
Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES)
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Aras 10, Menara KBS,
No. 27 Persiaran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 W.P PUTRAJAYA
u.p. Bahagian Khidmat Pengurusan
perjawatan[at]iyres.gov.my
Nak mohon macam mana..
Mohon kerja