Wednesday, October 4, 2023
HomeBerita KerjayaKereta Myvi atau simpanan ASB yang mana untung?

Kereta Myvi atau simpanan ASB yang mana untung?

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Kereta Myvi atau simpanan | Jika anda sedang berkerja dan mempunyai pendapatan RM2000 ke RM2500 sebulan perkara utama yang anda akan lihat pastinya kenderaan dan diantara kereta idaman kegemaran remaja di malaysia adalah kereta myvi dengan bayaran paling murah bulanan paling rendah iaitu katakan RM600/bulan pastinya seorang yang bergaji RM2000 ke RM2500 mampu untuk memilikinya.

Namun begitu tujuan kami tuliskan post ini adalah untuk kita sama-sama membuka mata kita kearah suatu benda yang lebih menguntungkan daripada memiliki sebijik kereta myvi. Jom kita lihat kira-kira mudah ini.

Kos Bulanan Jika Beli Kereta Myvi
1. Installment bulanan = RM600
2. Minyak = RM400
3. Purata Maintenance = RM100
4. Purata Insurance/Roadtax = RM100
5. Basuh kereta = tidak dikira
6. Tol = tidak dikira
7. Accessories = tidak dikira
8. Bayar Parking = tidak dikira

Jika kita campurkan kos 1+2+3+4 jumlah sebenar tanggungan anda untuk sebijik kereta anda adalah RM1,200 oleh itu jika gaji anda RM2,000 lepas ditolak EPF & lain-lain gaji bersih anda cuma RM1700 jika kita ambil gaji anda RM1700 tolak kos yang perlu anda tanggung setiap bulan baki gaji anda hanya tinggal RM500 dan sebab inilah kebanyakkan kita akan rasa gaji tinggi tapi tak tau duit hilang pergi mana.

Jika anda tidak beli myvi dan melabur dalam ASB

Jika anda tidak membeli kereta myvi dan membuat pembiayaan ASB RM200k dengan Intallment bulan RM1,111 selama 3 tahun tanpa sentuh dividen tahukan anda berapakah hasil yang akan anda perolehi?

I) Dividen terkumpul 3 tahun @ 7.25% setahun = RM46,700

II) Jual semula sijil @ tamatkan pembiayaan @ 36 bulan payment (Refund) = RM8,800

Total simpanan tunai= RM55,500✔️

Jadi adakah berbaloi RM55,500 simpanan dalam masa 3 tahun atau anda memiliki kereta myvi yang masih ada 5 tahun hutang? Anda mungkin naik moto sepanjang 3 tahun dan dipandang rendah oleh rakan-rakan tetapi dalam hati anda kami yakin anda akan gembira dengan cash yang ada didalam bank anda.

 

 

Kami harap dengan post ini dapat membantu anda sedikit sebanyak cara untuk anda berfikir dengan lebih mendalam sebelum membeli kereta pertama anda dengan RM55,500 cukup untuk anda membayar pendahuluan rumah,membuka perniagaan sendiri,berkahwin dan lain-lain.

p/s:kereta myvi hanyalah contoh kami tidak bermaksud apa-apa yang buruk tentang kereta myvi jika selepas anda mempunyai RM55,500 simpanan dan anda ingin membeli kereta myvi dengan bayaran pendahuluan lebih tinggi untuk bulanan murah juga boleh.

Sumber

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments