Home Berita Kerjaya Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru

Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru

0
0
Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru
Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru

Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru | Mungkin anda sudah sedia maklum bahawa SPA8i iaitu laman rasmi permohonan pekerjaan di awam yang mempunyai beberapa kekurangan daripada pelbagai aspek, Oleh itu pihak Jabatan Perkhidmatan Awam (SPA) telah mengemaskini laman sesawang mereka kepada SPA9 yang anda perlu membuat pendaftaran baru dan berikut adalah cara untuk anda membuat pendaftaran.

Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru

Langkah 1: Layari laman sesawang SPA9 yang terbaru di pautan yang kami telah sediakan dibawah kemudian tekan pada pendaftaran pengguna dan isikan maklumat-maklumat yang telah diminta dengan lengkap dan tepat.

Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru

Semak semula segala maklumat yang diberikan dan sila pastikan anda menulis phone number dan alamat email yang betul serta boleh digunakan kemudian takan Daftar.

Lain-lain jawatan kosong terkini ( Mohon sini)

Langkah 2: Setelah anda membuat pendaftaran anda perlu Log masuk untuk berikan segala maklumat-maklumat diri anda dengan lengkap dan tepat untuk memastikan segala permohonan anda selepas ini diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.

Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru

Sila pastikan anda tekan simpan untuk semua maklumat yang telah diisi sebelum anda tekan butang seterusnya ini adalah untuk memastikan segala maklumat yang diberikan di simpan.

Langkah 3: Setelah anda selesai memasukkan segala maklumat peribadi dan pendidikan anda dengan lengkap dan tepat anda kini boleh membuat permohonan bagi jawatan-jawatan yang anda inginkan mengikut kelayakan anda dan menggunakan Dasar One Step Lower iaitu:-

  • Ijazah Sarjana Muda hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
  • Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Ijazah Sarjana Muda dan Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik sahaja.
  • Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik hanya layak memohon jawatan di peringkat Diploma/STPM/STAM/Sijil Matrikulasi/Sijil Politeknik, SPM/SVM dan Latihan Separa Perubatan.

Anda boleh memohon sehingga 15 jawatan dalam satu-satu masa dan tempoh permohonan anda 1 tahun jika anda tidak dipanggil dalam tempoh satu tahun anda perlu kemaskini dan memohon semula jawatan yang anda inginkan.

Langkah 4: Setelah anda membuat permohonan jawatan sila pastikan anda membuat pengakuan permohonan dan membaca perakuan permohonan anda kemudian tekan pada tanda setuju sebelum anda menghantar permohonan anda.

Kemaskini SPA8i kepada SPA9 yang terbaru

Langkah Akhir : Setelah selesai segala langkah-langkah yang telah diberikan diatas anda boleh membuat semakan permohonan di bahagian semakan permohonan segala maklumat berkaitan permohonan anda akan diberikan dari masa ke semasa sama ada anda layak atau tidak memohon jawatan yang ditawarkan.

Rumusannya SPA9 andalah satu sistem terkini yang lebih baik daripada SPA8i oleh itu seluruh rakyat malaysia yang sedang mencari jawatan kosong di dalam Perkhidmatan Awam Am Persekutuan, Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan serta Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perlis di mana kuasa pelantikan adalah terletak di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia anda diminta untuk register sekarang SPA9.

Daftar Sekarang