Kaedah Penilaian Semasa Temuduga | Temuduga adalah tahap terakhir yang menentukan sama ada anda layak untuk menjawat-jawatan yang dipohon ataupun sebaliknya. Oleh kerana itu, hari ini kami ingin berikan beberapa kaedah yang digunakan oleh panel penemuduga untuk menilai anda semasa anda ditemuduga.
Kaedah Penilaian Semasa Temuduga
Selepas anda ditemuduga panel temuduga akan memberikan anda markah dengan penilaian seperti berikut:-
- Amat baik
- Baik
- Sederhana
- Lemah
- Catitan
Antara Faktor Penyumbang kepada Pemarkahan
- Penampilan
Panel Temuduga akan melihat dari segi penampilan diri anda,pemakaian anda dan kekemasan diri. - Tingkah laku
Dinilai melalui kelakuan anda,pengawalan emosi,kejujuran,kesopanan dan juga ketenangan. - Kemahiran bertutur
Dinilai melalui cara anda bercakap iaitu tenang,mudah difahami,bercakap dengan lancar,perbendaharaan kata dan penyampaian yang jelas. - Keyakinan
Dinilai melalui keyakinan diri iaitu kematang sikap,pendapat, ketabahan dan pasti dalam menyatakan sesuatu. - Kewibawaan
Dinilai melalui Personalitu yang tegas dan bertenaga mempunyai kemahiran untuk meyakinkan dan mempertahankan hujah. - Motivasi
Mempunyai kadar kesungguhan dan semangat yang tinggi untuk menjawat jawatan yang ditawarkan. - Pembawaan
Dinilai melalui kemesraan dan kemampuan bergaul,perangai,kawalan emosi dan mempunyai pemikiran diluar kotak. - Kecerdasan
Keupayaan kritikal thinking yang tinggi, boleh menjawab soalan dengan baik,berfikiran logik dan membina. - Pengetahuan
Dinilai berdasarkan isu-isu semasa yang terjadi dan popular jadi pastikan anda mengambil tahu hal-hal semasa.
Rumusannya dengan Kaedah Penilaian Semasa Temuduga yang kami berikan ini dapat memberikan anda info tentang bagaimana cara pemarkahan kebanyakan temuduga dijalankan dari itu anda dapat mengelakkan melakukan perkara-perkara yang mungkin boleh menganggu permarkahan temuduga anda.
Kami harap anda dapat share post ini kepada kawan-kawan anda ianya mungkin berguna untuk mereka.
Saya amat berminat untuk bekerja sektor kerajaan.
Jawatan polis bantuan ini perlukan mata pelajaran credit ke sbb sy mintak polis bantuan airport senai.dalam iklan dia kate cuma nk lulus 5 subject.. tak ade plk kate nk credit…tiba2 sy dtg kate nk c keatas…klo c kebawah dia suruh balik
Assalamualaikum saya berminat berkerja dgn kerajaan
saya berminat polis bantuan