Jom Beli Rumah dengan SPNB MESRA | Mempunyai rumah idaman sendiri sememangnya menjadi impian setiap orang oleh kerana itu hari ini kami ingin kongsikan bagaimana anda boleh mencapai impian anda dengan memiliki rumah idaman sendiri dengan harga yang mampu milik hasil daripada subsidi kerajaan.
Jom Beli Rumah dengan SPNB MESRA
Siapa yang layak mohon Rumah SPNB MESRA?
- Warganegara malaysia berusia 18 sehingga 65 tahun.
- Mempunyai pendapatan kasar seisi rumah di antaran RM750 hingga RM3000 sebulan.
- Pemohon yang tidak mempunyai rumah sendiri atau mempunyai rumah usang/tidak sempurna.
- Tanah/tapak cadangan mestilah bersesuaian dan bebas daripada gadaian/sekatan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapat kebenaran daripada tuan punya tanah yang dicadangkan dengan keluasan tanah tidak kurang daripada 2,800kps.
- Tertakluk kepada peruntukan dan kelulusan pinjaman melalui spnb.
Cara memohon
Permohonan boleh dibuat dengan secara online dan juga menggunakan Borang Permohonan yang telah kami sediakan pautannya dibawah.
Maklumat lengkap tentang perumahan SPNB MESRA anda boleh baca dilaman sesawang rasmi mereka yang telah kami sediakan dibawah.
Maklumat lanjut rumah SPNB MESRA