Jawatan Pustaka Negeri Sarawak 2022 | Permohonan adalah diperlawa kepada seluruh warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak dan memenuhi syarat-syarat pelantikan untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut.
Jawatan Pustaka Negeri Sarawak 2022
- Pembantu Pustakawan Gred S19
Gaji ditawarkan : RM1,352 – RM4003
Lain-lain jawatan kosong terkini mohon disini
Syarat asas pelantikan jawatan
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 4 Mac 2022.
Mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
Dan calon hendaklah memiliki kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek bahasa melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia / Sijil Vakasional Malaysia atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
Cara memohon
- Semua permohonan hendaklah dibuat dengan dikemukakan secara atas talian melalui laman sesawang yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
- Setiap permohonan MESTILAH disertai dengan salinan sijil-sijil yang disahkan, diimbas dan dimuatnaik melalui sistem e-recruitment Pustaka nanti. Muatnaik adalah terhad kepada 2 lampiran sahaja (format PDF). Contoh: Sekiranya jawatan memerlukan lulusan SPM, maka salinan sijil SPM hendaklah dimuatnaik.
- Hanya pemohon yang berjaya untuk ditemuduga sahaja akan dimaklumkan melalui emel dan khidmat pesanan ringkas (SMS).