Jawatan MySTEP Penolong Guru Tadika JPNIN 2022 | Pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Negeri Perlis mempelawa kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan berikut.
Jawatan MySTEP Penolong Guru Tabika JPNIN 2022
- Penolong Guru Tabika (MySTEP)
Kekosongan : 1
Lokasi : Perlis
Lain-lain Jawatan terkini MySTEP Mohon disini
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 11 May 2022.
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya PMR atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
- Tugas Jawatan
- Menguruskan pendaftaran kanak-kanak.
- Menyambut dan menerima kanak-kanak ke kelas yang telah ditetapkan,
- Lain-lain tugasan yang telah ditetapkan.
Cara memohon
Permohonan Jawatan MySTEP Penolong Guru Tabika JPNIN 2022 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan yang anda boleh peroleh di Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional Negeri Perlis, Aras 2, Bangunan Tun Abdul Razak, 01000, Kangar Perlis.
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantarkan bersama-sama dengan salinan dokumen-dokumen berikut yang telah disahkan.
- Kad Pengenalan,
- Sijil Kelahiran,
- Sijil Kelulusan Akademik,
- Sijil Berhenti sekolah,
- Salinan Lesen Memandu serta dokumen sokongan berkaitan,
- Salinan digital vaksinasi