Jawatan MySTEP Jabatan Perangkaan Malaysia 2022 | Bagi mereka yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Jabatan perangkaan Malaysia dibawah program Personel MySTEP berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan.
Jawatan MySTEP Jabatan Perangkaan Malaysia 2022
- Personel MySTEP 41 & 20
Gaji ditawarkan RM1,800 – RM2,000
Syarat asas permohonan
Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 31 MAC 2022.
Mempunyai kelayakan sekurang-kuranngya Ijazah Sarjana Muda/Diploma/STPM dalam bidang statistik / Ekonomi / Matematik yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
Cara memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat terus dengan menghantarkan resume/cv sijil SPM dan transkrip akademik kepada Encik Ahmad Fadhil Kamarudun ( [email protected] )
Anda boleh baca Panduan Permohonan Jawatan MySTEP Melalui Email di pautan yang kami telah berikan untuk memastikan permohonan anda dinilai sebaiknya oleh majikan.