Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia 2022 | Peluang terbuka kepada seluruh rakyat malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan kosong terkini yang ditawarkan di Universiti Sains Malaysia 2022 anda diminta untuk segera membuat permohonan jawatan-jawatan yang ditawarkan seperti berikut.
Tentang Majikan
Ditubuhkan sebagai universiti kedua di negara ini pada 1969, Universiti Sains Malaysia (USM) mula dikenali sebagai Universiti Pulau Pinang. Pada tahun 1971, USM berpindah dari premis sementaranya di Maktab Perguruan Malaya, Bukit Gelugor ke tapak seluas 416.6 hektar di Minden, kira-kira 9.7 km dari Georgetown.
Sebagai Universiti Intensif Penyelidikan yang diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) pada tahun 2007, USM menawarkan peluang pendidikan dan penyelidikan kepada pelajar dan kakitangan. Pada tahun 2008, USM juga menjadi universiti pertama di negara ini yang dipilih oleh kerajaan Malaysia untuk menyertai Program Dipercepatkan untuk Kecemerlangan (APEX), program pantas yang membantu institusi pengajian tinggi mencapai status bertaraf dunia.
Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia 2022
- Pegawai Sains C41
- Juru X-Ray U29
- Jururawat U29
- Juruteknologi Makmal Perubatan U29
- Jurupulih Perubatan U29
- Juruteknik Perubatan U19
- Penolong Pegawai Perubatan U29
- Penolong Pegawai Farmasi U29
- Pemandu Kenderaan H11
- Pembantu Perawatan Kesihatan U11
- Pembantu Operasi N111
- Pembantu Awam H111
- Pegawai Farmasi UF41
- Pegawai Pergigian UG41
- Penolong Akauntan W29
- Pembantu Makmal C19
- Pembantu Tadbir (Kewangan) W19
- Pembantu Kesihatan Awam U19
- Pembantu Kemahiran H19
- Penolong Pegawai Tadbir N29
- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N19
- Pembantu Penyediaan Makanan N19
Lain-lain Jawatan Kosong Kerajaan Terkini Mohon disini
Syarat asas perlantikan jawatan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 27 April 2022.
- Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.
- Sila pastikan anda hanya memohon jawatan yang anda mempunyai kelayakan sahaja.
Cara memohon jawatan USM
Semua permohonan Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia 2022 hendaklah dibuat secara online dengan mengguna laman sesawang yang telah disediakan oleh Pihak USM iaitu erecruit.usm.my yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Sebelum membuat permohonan Jawatan Kosong Universiti Sains Malaysia 2022 anda hendaklah login/daftar dan mengisi segala maklumat jawatan yang ditawarkan dengan lengkap dan tepat untuk memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Hanya mereka yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.