Jawatan Kosong Terkini UiTM Perak | Universiti Teknologi MARA mempelawa kepada calon-calon warganegara malaysia berstatus Bumiputera yang berkelayakan dan berminat untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.
Jawatan Kosong Terkini UiTM Perak
- Penolong Pegawai Sains C29
Gaji ditawarkan : RM1,505 – RM5,696
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 1 Disember 2021.
- Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf
dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat prinsipal dalam subjek Matematik atau Sains pada peringkat peperiksaan tersebut - atau Diploma dalam bidang sains atau teknologi makmal yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- atau Diploma dalam bidang kimia industri atau mikrobiologi yang diiktiraf oleh
Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang
diiktiraf setaraf dengannya.
Cara memohon
- Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan jawatan yang dikeluarkan oleh pihak UiTM Perak yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
- Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta menyediakan segala dokumen-dokumen yang disahkan seperti yang diminta,
- Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas sebelah kiri sampul surat
permohonan. - Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan dilayan dan dinilai sebaiknya oleh majikan.