Jawatan Kosong terkini di Majlis Daerah Segamat | Peluang terbuka kepada rakyat negeri Johor darul Takzim dan warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti yang telah kami nyatakan dibawah:-
Jawatan Kosong terkini di Majlis Daerah Segamat
- Pembantu Pustakawan Gred S19
- Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
- Pengawal keselamatan Gred KP11
- Pemandu Kenderaan Gred H11
- Pembantu Awam Gred H11
Syarat asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 20/3/2017.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.
Cara Membuat Permohonan
Calon yang berminat hendaklah hadir sendiri membuat permohonan di Pejabat Majlis Daerah Segamat dengan membawa bersama-sama dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut:-
- Kad Pengenalan Diri
- Sijil kelahiran
- Sijil berhenti sekolah
- Sijil kelulusan Akademik (mana-mana yang berkaitan)
- transkrip keputusan peperiksaan akhir bagi yang belum menerima diploma/ijazah.
- Satu keping gambar berukuran pasport dan dokumen-dokumen sokongan yang lain ( Jika Ada)
Permohonan hendaklah dikemukakan bersama-sama borang permohonan yang boleh didapati di Majlis daerah segamat dengan harga RM2.00.