Jawatan Kosong Sambilan Dewan Bahasa dan Pustaka | Kepada seluruh rakyat malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan anda diperlawa untuk membuat permohonan sekarang.
Jawatan Kosong Sambilan Dewan Bahasa dan Pustaka
- Penolong Pegawai Tadbir Gred N29
- Penolong Akauntan Gred W29
- Pembantu Tadbir Gred N19
- Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19
Syarat asas perlantikan jawatan
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 30 Nov 2021.
Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh
Kerajaan dan memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek
Bahasa Melayu pada peringkat peperiksaan berkenaan
Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran yang telah kami sediakan pautannya seperti dibawah.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi epengambilan.dbp.gov.my yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat untuk memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Hanya mereka yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.