Monday, March 27, 2023
HomeUncategorizedJawatan Kosong Penolong Pendaftar N41 Unisel

Jawatan Kosong Penolong Pendaftar N41 Unisel

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

Jawatan Kosong Penolong Pendaftar N41 Unisel | Universiti Selangor (UNISEL) merupakan Universiti swasta yang berdaftar dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Negeri Selangor. Kami menawarkan pelbagai program pengajian di Kampus Shah Alam dan Bestari Jaya.

Jawatan Kosong Penolong Pendaftar N41 Unisel

Sesuai dengan perkembangan yang pesat, kami mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut.

  1. Penolong Pendaftar Gred N41
    Gaji ditawarkan : RM1910 – RM6124

Lain-lain jawatan kosong terkini yang ditawarkan

Syarat asas permohon

  • Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 21 Mac 2022 (Isnin)..
  • Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (CGPA 3.0 ke atas) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
  • Berpengalaman bekerja di fakulti / jabatan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang akademik dan pentadbiran.
  • Lain-lain kelayakan yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran telah kami sediakan dibawah.

Cara memohon

Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang permohonan jawatan berserta gambar berukuran passport terkini, sijil-sijil yang telah disahkan dan Curriculum Vitae (CV) yang mengandungi maklumat berikut :

  • Maklumat peribadi termasuk nombor kad pengenalan, alamat surat menyurat, nombor telefon dan email untuk dihubungi;
  • Maklumat pendidikan dan pengalaman kerja;
  • Anugerah dan hadiah yang diterima di mana-mana peringkat;
  • Sumbangan-sumbangan kepada komuniti masyarakat / penduduk setempat / kariah dan sebagainya.

Permohonan Jawatan Kosong Penolong Pendaftar N41 Unisel hendaklah dihantar terus ke alamat berikut :
Pengarah Pentadbiran & Sumber Manusia
Universiti Selangor, Jalan Timur Tambahan
Kampus Bestari Jaya
45600 Bestari Jaya
Selangor
Tel : 03-3280 5058 / 03-3280 5077

Sila tulis nama jawatan dipohon di bahagian atas sebelah kanan sampul surat.

Borang / Syarat Penuh Permohonan

RELATED ARTICLES
- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments