Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred 29 Ikim | Permohonan adalah diperlawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Institut Kefahaman Islam Malaysia sebuah Syarikat Awam Berhad.
Jawatan Kosong Penolong Pegawai Tadbir Gred 29 Ikim
Nama Jawatan : Penolong Pegawai Tadbir Gred 29
Taraf jawatan : Kontrak
Jadual Gaji (Skim Gaji Gred 29)
Minimum RM2,092.00
Maksimum RM5,830.00
Kenaikan Tahunan RM145.00
Syarat am permohonan
- Calon hendaklah berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan mempunyai sekurang-kurangnya STPM / Diploma dalam bidang berkelayakan dan diiktiraf oleh kerajaan malaysia.
- Baca maklumat lanjut di file pdf yang telah kami sediakan pada pautan dibawah.
Cara membuat Permohonan
Calon yang berkelayakan dan berminat hendaklah mengemukakan permohonan dengan menghantarkan resume atau cv berserta dengan salinan sijil-sijil akademik dan transkrip, kad pengenalan, sijil kelahiran, slip gaji terakhir, nombor telefon dan sekeping gambar berukuran passport.
Maklumat diatas hendaklah dihantarkan kepada alamat seperti yang telah kami sediakan dibawah sebelum 07 October 2016.