Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Suhakam | Pengambilan terkini jawatan kosong di Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) bagi sesiapa yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan terkini jawatan yang ditawarkan anda diminta membuat permohonan sekarang jawatan yang ditawarkan.
Jawatan Kosong Pembantu Tadbir Suhakam
- Pembantu Tadbir (Perkeranian / Operasi ) Gred N19
Gaji ditawarkan : RM1,352
Elaun Bulanan : RM765.
Syarat permohonan
- Warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun daripada tarikh tutup permohonan iaitu 6 Jan 2022.
- Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang setaraf dengannya
- Kepujian didalam bahasa Malaysia (termasuk lulus ujian lisan) dalam bahasa Inggeris pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya.
- Boleh bekerja didalam satu pasukan dibawah pengawasan yang minima.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan
mengemukakan surat permohonan yang mengandungi maklumat diri beserta salinan sijil-sijil akademik dan salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan serta sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) sebelum atau pada 6 Januari 2022 (Khamis) kepada:
Setiausaha
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
Tingkat 11, Menara TH Perdana,
1001 Jalan Sultan Ismail 50250 Kuala Lumpur.
Laman Web: www.suhakam.org.my
Atau melalui emel: [email protected]
(Untuk Perhatian: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
Sila nyatakan jawatan yang dipohon di sebelah penjuru kiri sampul surat.
Hanya calon yang disenarai pendek akan dipanggil untuk sesi temuduga.