Jawatan kosong pemandu lori johor terkini | Kepada seluruh warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang terdapat di Pelabuhan Tanjung Pelepas Johor anda diperlawa untuk segera membuat permohonan secara online.
Berikut adalah maklumat jawatan yang ditawarkan  dan cara untuk membuat permohonan pastikan anda membaca dengan teliti untuk mengelakkan sebarang masalah.
Jawatan kosong pemandu lori johor terkini
Nama Jawatan : Pemandu Lori.
Bilangan kekosongan : 20.
Syarat Kelayakan
- Calon hendaklah berusia tidak kurang daripada 25 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 03 julai 2016.
- Calon hendaklah memiliki sekurang-kurangnya PMR dan mempunyai lesen memandu kelas D yang sah.
- Boleh membaca dan menulis dalam bahasa melayu dengan baik.
Cara Membuat Permohonan
Untuk membuat permohonan anda hendaklah mengikuti langkah-langkah seperti yang telah kami berikan dibawah.
- Â Layari laman sesawang jobsmalaysia.com.
- Dibahagian carian tuliskan kata kekunci ” Pelabuhan Tanjung Pelepas ” dan pilih “carian majikan” dan tekan butang carian.
- Pilih hasil carian paling atas iaitu ” Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn Bhd ” click pada hasil carian berikut dan anda akan lihat jawatan yang ditawarkan.
- Untuk membuat permohonan anda hanya perlu tekan apply dan berikan segala maklumat yang diminta dan sila pastikan anda mengisi segala maklumat dengan betul dan lengkap untuk mengelakkan sebarang masalah.
kami harap anda dapat kongsikan jawatan kosong ini kepada kawan-kawan,saudara-mara yang mungkin berminat untuk menjawat jawatan yang ditawarkan.
Saya sangat berminat memandu lori @ lori kontena,ingin mencuba sesuatu yang baru dan mencabar bagi saya.