Jawatan Kosong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 RELA | Kepada seluruh rakyat malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Jabatan Sukarelawan Malaysia anda diminta untuk membuat permohonan segera bagi mengisi kekosongan jawatan berikut.
Jawatan Kosong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41 RELA
- Pegawai Pertahanan Awam Gred KP41
8 Kekosongan | 15 Calon simpanan
Syarat asas permohonan
- Terbuka kepada warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun daripada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 30 Nov 2021.
- Ijazah Sarjana muda didalam bidang-bidang yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia atau
- Bekas anggota Polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Inspektor Polis atau Leftenan Muda atau mana-mana yang setaraf dengannya.
- Lulus ujian dan syarat-syarat fizikal / Pancaindera yang telah ditetapkan.
Cara memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Hanya permohonan yang layak dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.