Jawatan Kosong Pegawai Imigresen Tahun 2022 Mohon Sekarang | Kepada seluruh rakyat malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Jabatan Imigresen Malaysia anda diperlawa untuk segera membuat permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.
Jawatan Kosong Pegawai Imigresen
- Pegawai Imigresen Gred KP19
230 Kekosongan | 250 Calon simpanan
Gaji ditawarkan : RM1,360 – RM4,052
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 9 Jan 2022.
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
- Memenuhi syarat ukuran fizikal dan pancaindera yang telah dinyatakan dalam skim perkhidmatan anda boleh rujuk pada lampiran yang telah kami berikan pautannya dibawah.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Sebelum membuat permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat untuk memastikan permohonan anda dibaca dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Anda boleh membaca Panduan permohonan jawatan Jabatan Imigresen malaysia yang kami telah sediakan dipautan berikut.