Jawatan kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan terkini | Bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong terkini yang ditawarkan di Majlis Perbandaran Teluk Intan anda diperlawa untuk segera membuat permohonan dan Keutamaan diberikan kepada Rakyat DYMM Paduka Seri Sultan Perak sahaja.
Jawatan kosong Majlis Perbandaran Teluk Intan terkini
- Pembantu Tadbir (Perkeranian /Operasi ) Gred N19
- Pembantu Awam Gred H11
Syarat asas pelantikan jawatan
- Calon hendaklah warganegara Malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 20 Nov 2020.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya dibawah.
Cara memohon
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Teluk Intan yang anda boleh muatturun di pautan telah kami sediakan dibawah.
Borang Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan mengikuti segala arahan-arahan yang telah ditetapkan sebelum dihantarkan kepada alamat berikut:-
Yang Dipertua
Majlis Perbandaran Teluk Intan
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia
Jalan Speedy
36000 Teluk Intan
jawatan kosong