Home Kerajaan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Terkini

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Terkini

0
1023
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Terkini (1)

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Terkini | Peluang kerjaya terkini kerajaan negeri kedah di Majlis Perbandaran Kulim mereka yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat jangan lepaskan peluang untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.

Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kulim Terkini

  1. Penolong Pegawai SeniBina Gred JA29
  2. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  3. Pembantu Pengkuatkuasa Gred KP19
  4. Pembantu Awam Gred H11

Syarat asas permohonan jawatan

Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 22 september 2021.

Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya dibawah.

Cara memohon

Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan jawatan yang telah disediakan oleh pihak Majlis Perbandaran Kulim.

Kami telah sediakan pautan untuk muatturun borang permohonan di bawah jadi anda boleh terus muatturun dan cetak.

Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta menyediakan segala dokumen-dokumen yang diminta seperti berikut.

  1. 2 keping gambar berukuran passport
  2. Salinan Sijil Kelahiran ) Tidak perlu
  3. Salinan Kad Pengenalan
  4. Lain-lain Sijil yang berkait

Borang berserta segala dokumen yang diperlukan hendaklah dimasukkan kedalam sampul surat berukuran 25sm x 32sm dan ditulis nama jawatan yang dipohon di sebelah kiri sampul.

Borang dan dokumen yang lengkap dan telah disampulkan hendaklah disampai ke alamat yang telah dinyatakan.

Syarat penuh Permohonan / Borang Permohonan

NO COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here