Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang 2022 | Pihak Majlis Perbandaran Kajang mempelawa kepada seluruh warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan bertaraf Kontrak yang ditawarkan seperti berikut, Keutamaan adalah kepada anak-anak negeri Selangor.
Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang 2022
- Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41
- Pegawai Tadbir Gred N41
- Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
- Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
- Pembantu Penaian Gred W19
- Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
- Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
Lain-lain jawatan terkini kerajaan Mohon disini
Syarat asas permohonan
Permohonan adalah terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berusi tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 28 MAC 2022 (ISNIN) .
Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon sila rujuk pada file PDF yang kami telah berikan berikut.
Keutamaan diberikan kepada anak-anak kelahiran negeri Selangor.
Cara memohon
Semua permohonan Jawatan Kosong Majlis Perbandaran Kajang 2022 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang dikeluarkan oleh pihak MPKJ yang kami telah berikan pautannya dibawah.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan sertakan bersama-sama dokumen-dokumen yang telah disahkan seperti berikut.
(i) Salinan Kad Pengenalan
(ii) Sijil Kelahiran
(iii) Sijil-sijil Persekolahan
(iv) Sekeping Gambar Berukuran Pasport
Borang permohonan yang lengkap hendaklah dan mengikuti arahan-arahan yang ditetapkan dan dihantarkan ke alamat berikut :
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kajang
Menara MPKj,
Jalan Cempaka Putih, Off Jalan Semenyih,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
(u/p: Bahagian Sumber Manusia.)