Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi | Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kosong yang berminat dan berkelayakan anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Majlis Daerah Kota Tinggi.
Jawatan Kosong Majlis Daerah Kota Tinggi
- Jurutera Gred J41
- Akauntan Gred WA41
Syarat asas permohonan jawatan
Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.
Cara membuat permohonan jawatan
Semua permohonan jawatan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan jawatan yang anda boleh dapati di Pejabat Majlis Daerah Kota Tinggi dengan dikenakan bayaran RM1.00 senaskah atau anda boleh muatturun di pautan yang kami telah sediakan dibawah.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat serta mengikuti segala arahan-arahan yang telah ditetapkan.
Pemohon juga hendaklah menyediakan ’Video Resume’ sebagaimana berikut :
- Berdurasi tidak lebih dari 3 minit.
- Menggunakan suara pemohon sebenar.
Kandungan video hendaklah merangkumi perkara-perkara seperti di bawah :-
- Ringkasan latarbelakang keluarga pemohon.
- Ringkasan latarbelakang pendidikan pemohon.
- Ringkasan pengalaman kerja pemohon.
- Pekerjaan/aktiviti terakhir atau semasa pemohon.
- Ringkasan pencapaian/anugerah tertinggi pemohon.
- Ringkasan hobi dan kegiatan luar pemohon.
- Ringkasan penglibatan pemohon di dalam masyarakat atau ’NGO’.
- Ringkasan kelebihan/kesesuaian pemohon dengan jawatan yang dipohon.
- Ringkasan matlamat dan perancangan masa depan pemohon.
- Pemohon digalakan menghasilkan ’video resume’ yang unik dan kreatif.
Semua ’video resume’ hendaklah dihantar melalui email kepada urusetia di alamat [email protected]
REZEKI KALAU ADA ,ADA LA KALAU TAKDA TAKPA