Jawatan kosong permohonan secara online

0
4557
Jawatan kosong permohonan secara online

Jawatan kosong permohonan secara online | Jika anda graduan yang sedang mencari jawatan kosong anda wajib membaca post ini dari awal sehingga habis ini kerana didalam post ini kami akan berikan tips dan langkah-langkah yang harus anda tahu bagi membolehkan anda mendapat berkerja secepat yang boleh.

Jawatan kosong permohonan secara online

  1. Bina networking
    Semasa anda menjalani latihan internship pastikan anda berkenalan dengan semua rakan-rakan pejabat dan majikan anda berhubung dengan mereka dan berkenalan dengan mereka dan bermesra dengan mereka akan memberikan kelebihan kepada anda apabila anda memohon kerja kelak.
  2. Branding diri anda
    Untuk pengetahuan anda zaman sekarang ni zaman yang anda perlu bersaing untuk dapatkan pekerjaan oleh kerana itu pastikan anda branding diri anda dengan baik dengan menggunakan platform-platform sosial media seperti LinkedIn,facebook,youtube dan sebagainya anda boleh baca Cara bina kabel dalam LinkedIn.
  3. Bahasa yang Profesional
    Ini adalah punca ramai graduan dimalaysia ditolak mentah-mentah semuanya berpunca daripada kurangnya adab atau tidak tahu berkomunikasi secara profesional sila pastikan anda kenali dengan siapa yang anda bercakap dan apakah gelaran mereka jangan sesekali acah-acah majikan/hr seperti kawan baik anda.
  4. Malas membaca
    Banyak call/email/whatsapp yang kami terima bertanya soalan yang telah diberitahu jadi kepada graduan-graduan sekalian tolong baca dengan teliti sebelum membuat permohonan sebarang jawatan.

Cara memohon Jawatan Kosong Melalui Email

Kesalah ini sangat-sangatlah tidak dapat diterima namun masih ramai yang melakukannya jadi berikut kami berikan secara ringkas bagaimana cara permohonan kerja melalui email dengan betul.

  1. Pastikan nama jawatan yang dipohon dijadikan sebagai Subject semasa menulis email jangan sesekali biarkan kosong.
  2. Tuliskan cover letter dibahagian body email.
  3. Sediakan resume/sv atau apa-apa dokumen yang diminta dalam bentuk PDF baca 4 perkara ini wajib ada pada resume anda.
  4. Sebelum anda hantarkan permohonan anda pastikan semuanya lengkap dan betul jangan sesekali spam inbox majikan anda.

Laman Sesawang jawatan kosong yang anda boleh memohon secara online

  1. Jobstreet
    Memang banyak jawatan kosong ditawarkan di jobstreet namun begitu hanya mereka yang betul-betul tahu cara yang betul sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga anda boleh baca Cara Setup profile Jobstreet dengan betul Wajib Baca.
  2. Jobsmalaysia
    Sebuah laman sesawang kerajaan yang menawarkan pelbagai jawatan kosong kerajaan dan swasta anda boleh baca PANDUAN MENCARI KERJA DI JOBSMALAYSIA.
  3. Maukerja
    Menawarkan pelbagai jawatan kosong swasta dimalaysia di seluruh negeri memang agak mudah untuk anda mohon hanya dengan login menggunakan facebook isikan segala maklumat yang diminta kemudian anda hanya perlu tunggu temuduga anda boleh cuba mohon disini.
  4. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)
    Laman sesawang kegilaan ramai rakyat malaysia tetapi ramai yang gagal untuk membuat permohonan kerana terlalu ramai saingan namun begitu jangan putus asa teruskan membuat permohonan terumanya mereka yang baru habis SPM/DIPLOMA/IJAZAH. Spa8 Panduan Permohonan Lengkap Jawatan Kosong Kerajaan
  5. Gkerjaya.com
    Gkerjaya adalah gabungan semua laman sesawang diatas dan kami juga sentiasa kemaskini jawatan-jawatan kosong kerajaan negeri yang ramai tidak tahu cara untuk memohonnya jadi jika anda tidak mahu terlepas tolong follow social media kami.

Letak Jawatan dengan Baik

Jika anda pernah berkerja dan jika anda inginkan pengalaman berkerja anda itu menjadi nilai untuk anda membuat permohonan jawatan yang lain dan lebih baik pastikan anda letak jawatan dengan baik  baca Cara Menulis surat berhenti kerja dengan baik.

Dengan sedikit perkongsian ini kami harapkan ianya dapat memberikan anda sedikit manfaat untuk anda dan kami doakan supaya anda mendapat perkerjaan secepat mungkin.

Tolong kongsikan kepada rakan-rakan dan suadara-mara anda yang sedang mencari jawatan kosong semoga tips ini bermanfaat untuk mereka.

SHARE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here