Jawatan kosong kerajaan spa8 terkini Laskar Kelas II Maritim T1 | Sukacita dimaklumkan kepada seluruh rakyat malaysia yang berminat dan berkelayakan anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.
Jawatan kosong kerajaan spa8 terkini
Jawatan ditawarkan : Laskar Kelas II Maritim T1
Kekosongan jawatan : 150 kekosongan
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia APMM
Syarat Kelayakan : SPM/SVM/SKM
Untuk pengambilan ini permohon hendaklah membuat permohonan sebelum 23 ogos 2016, manakala mereka yang memohon selepas daripada tarikh ini akan dikira untuk permohonan seterusnya bagi tempoh satu tahun.
Syarat Fizikal dan pancaindera
Calon hendaklah memenuhi syarat-syarat fizikal dan pancaindera seperti yang dinyatakan dibawah sebelum membuat permohonan.
- Mempunyai sekurang-kurangnya 1.63m bagi lelaki dan 1.57m bagi wanita tanpa kasut.
- Berat badan tidak kurang daripada 50kg bagi lelaki dan 48kg bagi wanita.
- Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26.
- Saiz ukuran dada iaitu sekurang-kurangnya 81sm dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja).
- Tidak rabun dan lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata.
- Boleh mendengar dan boleh mengecam warna serta tidak cacat serta disahkan sihat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
Cara membuat Permohonan
Calon yang berminat dan melepasi syarat-syarat yang telah ditetapkan hendaklah membuat permohonan secara online iaitu melalui laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam yang telah kami berikan dibawah.
01127574478