Jawatan Kosong Kerajaan di Parlimen Malaysia 2022 | Peluang terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Parlimen Malaysia anda diminta untuk membuat permohonan segera jawatan yang ditawarkan berikut.
Jawatan Kosong Kerajaan di Parlimen Malaysia 2022
- Bentara Mesyuarat Gred KP29
Gaji ditawarkan : RM1,493.00 – RM5,696.00 (Gred KP29)
Lain-lain jawatan kosong kerajaan mohon disini
Syarat asas permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 28 April 2022.
- Mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya STPM/DIPLOMA dan Gred C dalam subjek bahasa melayu peringkat SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
- Keutamaan akan diberikan kepada Bekas Anggota Polis atau Tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Sarjan atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik.
Cara memohon jawatan
Semua permohonan Jawatan Kosong Kerajaan di Parlimen Malaysia 2022 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang anda boleh muatturun dipautan telah kami sediakan dibawah.
Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan tepat berserta dengan dokumen-dokumen yang diperlukan seperti berikut dan telah disahkan.
- keping gambar terbaru berukuran pasport (tidak dikembalikan),
- Resume,
- salinan Sijil Kelahiran,
- Salinan MyKad,
- Salinan Kelulusan Akademik
- Salinan Perakuan Perkhidmatan Pegawai terdahulu
- Salinan Sijil Berhenti Sekolah serta dokumen sokongan yang berkaitan.
Borang dan dokumen yang lengkap hendaklah dihantarkan ke alamat berikut sebelum tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 28 April 2022.
KETUA PENTADBIR
PARLIMEN MALAYSIA
BANGUNAN PARLIMEN
ARAS 4, BLOK AHLI PARLIMEN DAN PENTADBIRAN
JALAN PARLIMEN
50680 KUALA LUMPUR
(U.P: SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DAN INOVASI)