Jawatan Kosong Kerajaan 2020

8
10049
Jawatan Kosong Kerajaan 2020
Jawatan Kosong Kerajaan 2020

Jawatan Kosong Kerajaan 2020 | Kepada seluruh rakyat malaysia yang sedang mencari jawatan kosong dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan kosong di Kerajaan berikut kami akan berikan panduan dan cara bagaimana untuk anda membuat permohonan jawatan kerajaan secara online dengan betul dan tepat.

Cara pertama mohon jawatan Kerajaan

Anda haruslah membuat pendaftaran di laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat serta mengikut arahan-arahan yang telah ditetapkan bagi memastikan profile anda dapat dinilai sebaiknya oleh majikan.

Perkara penting sesama mengisi SPA

  • Email hendaklah email yang betul dan boleh digunakan
  • No phone yang betul dan boleh digunakan
  • Kemaskini jawatan setiap satu tahun.

Anda boleh rujuk panduan yang kami telah berikan di lampiran berikut cara bagaimana untuk membuat permohonan jawatan dengan betul dan tepat menggunakan laman sesawang SPA

Panduan permohonan jawatan SPA8

Jawatan Kosong Kerajaan 2020

Senarai Agensi atau Jabatan Kerajaan mengambilan secara tahunan pekerja baru

Didalam agensi kerajaan atau jabatan-jabatan kerajaan kebanyakkan membuat pengambilan baru secara tidak tetap dan mengikut keperluan namun begitu agensi-agensi atau jabatan dibawah selalunya membuat pengambilan secara tahunan dan setiap tahun.

Jadi jika anda membuat permohonan untuk jawatan-jawatan yang kami senarai dibawah kemungkinan anda diterima dan dipanggil untuk peringkat seterusnya sangat tinggi.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Antara jawatan-jawatan selalu dibuka setiap tahun adalah seperti berikut:

  1. Pemeriksa Kereta Motor Gred AB19 ( Kelayakan SPM)
  2. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 (Kelayakan SPM)
  3. Pembantu Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Kelayakan Diploma)
  4. Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 (Kelayakan Ijazah Sarjana Muda)

Jabatan Imigresen Malaysia
Berikut adalah senarai kerja kosong yang akan dibuka setiap tahun :-

  1. Pegawai Imigresen Gred KP19 (Kelayakan SPM)
  2. Penolong Penguasa Imigresen KP29 (Kelayakan STPM/STAMDIPLOMA)
  3. Penguasa Imigresen KP41 (Kelayakan Ijazah Sarjana Muda)
  4. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29 (Kelayakan STPM/STAM/DIPLOMA)

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (BOMBA)
Mungkin anda berminat untuk berkerja sebagai bomba dan berikut adalah jawatan yang anda boleh mohon untuk berkerja di Bomba

  1. Pegawai Bomba

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Setiap tahun pasti akan anda pengambilan bagi latihan separa perubatan di pelbagai peringkat dari PMR hinggalah Diploma. Antara bidang-bidang yang ditawarkan

  1. Latihan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran
  2. Latihan Jurupulih Perubatan (Fisioterapi)
  3. Latihan Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)
  4. Latihan Jururawat
  5. Latihan Juruterapi Pergigian
  6. Latihan Juruteknologi Makmal Perubatan
  7. Latihan Juruteknologi Pergigian
  8. Latihan Juru X-Ray
  9. Latihan Penolong Pegawai Farmasi
  10. Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Kesemua jabatan dan agensi diatas selalunya membuat pengambilan baru dalam jumlah yang agak besar dalam satu-satu masa jadi sangat rugi jika anda tidak membuat permohonan.

Dan jika anda dipanggil untuk ke peringkat seterusnya iaitu temuduga pastikan anda tidak sia-siakan panggilan tersebut dan berikut kami berikan Tips dan Panduan persediaan yang harus anda miliki untuk diterima kerja di dalam kerajaan.

Tips Mohon Kerja Kerajaan

8 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.