Jawatan kosong Jurutera Awam Lembaga Lebuh Raya | Lembaga Lebuhraya malaysia ingin mempelawa kepada seluruh warganegara malaysia yang berminat dan berkelayakan untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti yang dinyatakan dibawah.
Jawatan kosong Jurutera Awam Lembaga Lebuh Raya
Nama jawatan : Jurutera awam Gred J48
Jadual Gaji : RM 5,208.00 – RM 11,766.00
taraf jawatan : kontrak
Syarat Pelantikan Jawatan
- Calon hendaklah warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 25 Oktober 2016 (Selasa).
- Mempunyai Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Awam yang diiktiraf oleh kerajaan malaysia dari mana-mana institusi pengajian tinggi tempatan atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang yang berkaitan tidak kurang daripada 10 tahun dan mendapat sekurang-kurangnya C dalam matapelajaran bahasa melayu diperingkat SPM.
Cara Membuat Permohonan
Calon yang berminat hendaklah mengemukakan permohonan secara online melalui laman sesawang http://ejawatan.llm.gov.my dan sila pastikan anda mengisi maklumat yang diminta dengan lengkap dan mereka yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 6 bulan dari tarikh tutup permohonan boleh menganggap permohonan anda tidak berjaya.
Maklumat lanjut permohonan dan tugas jawatan baca disini dan untuk lain-lain jawatan terkini sila lihat disini.
Mahu mintak masuk bekerja ?