Jawatan Kosong JPJ Terkini | Bagi seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan terkini yang ditawarkan di Jabatan pengkutan Jalan Malaysia (JPJ) anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.
Jawatan Kosong JPJ Terkini
- Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
30 Kekosongan jawatan ditawarkan
Syarat asas permohonan
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan.
Seorang yang berkelayakan dan mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau Sijil Tinggi Agama Malaysia atau Sijil Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia atau Diploma dalam bidang yang berkaitan.
Lain-lain kelayakan yang sama taraf dengannya dan diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Melepasi syarat ujian fizikal dan pancaindera yang telah ditetapkan.
Cara memohon
Semua permohonan jawatan yang ditawarkan di Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA) yang kami telah berikan pautan dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.