Jawatan Kosong Jabatan Pendidikan Islam Terengganu | Kerajaan Negeri Terengganu Darul Iman mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti berikut.
Jawatan Kosong Jabatan Pendidikan Islam Terengganu
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41 secara Contract Of Service
Gaji ditawarkan : RM2188 – RM9552
Lokasi :
- Maahad Tahfiz Al-Quran Terenganu
- Madrasah Moden Terengganu
- Sekolah Menengah Islam Darul Iman
- Sekolah Rendah Islam Darul Iman
Lain-lain jawatan kosong terkini seluruh Malaysia Mohon disini
Syarat asas permohonan
Calon hendaklah warganegara malaysia dan rakyat negeri terengganu Darul Iman yang berkelayakan dan berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan 2 FEBRUARI 2022 (RABU), sebelum jam 5.00 PETANG.
mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang berkaitan seperti yang telah ditetapkan.
Keutamaan diberikan kepada mereka yang memiliki Sarjana Muda Pendidikan atau Diploma Pendidikan yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.
Cara memohon
Permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi yang telah disediakan oleh Jabatan pendidikan Islam negeri Terengganu yang kami telah berikan pautannya seperti dibawah.
Sila pastikan anda membuat pendaftaran / Login dan mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat.
Hanya mereka yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga.