Jawatan Kosong Jabatan Hutan Negeri Sarawak | Sukacita dimaklumkan pihak Jabatan Perhutanan Negeri Sarawak ingin mempelawa kepada warganegara malaysia yang bermastautin di Sarawak yang berminat dan berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.
Jawatan Kosong Jabatan Hutan Negeri Sarawak
- Pegawai Ehwal Ekonomi, E41 1 kekosongan
- Penolong Pemelihara Hutan, G27 25 kekosongan
Syarat Am Permohonan
- Calon hendaklah berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 15 Ogos 2016.
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Sarawak.
- Melepasi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan bagi setiap jawatan yang hendak dipohon.
Cara Membuat Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara online iaitu dengan melayari laman sesawang erecruitment.sarawak.gov.my. Pautan telah kami berikan di bawah.
- Jika anda pengguna kali pertama pastikan anda membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman sesawang erecruitment.sarawak.gov.my manakala mereka yang telah mendaftar hanya perlu kemaskini.