Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor | Permohonan adalah terbuka kepada anak-anak kelahiran Selangor yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan secara Kontrak seperti yang telah dinyatakan dibawah:-
Jawatan Kosong Jabatan Agama Islam Selangor
- Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 (Lelaki / Perempuan) 30 Kekosongan
- Pegawai Perkhidmatan Pendididkan Gred DG29 ( Lelaki/ Perempuan ) 24 Kekosongan
- Penolong pegawai Hal ehwal Islam ( lelaki ) 2 kekosongan
- Pembantu Tadbir Kewangan Gred W17 1 kekosongan
- Pembantu tadbir Gred N19 6 Kekosongan
- Pemandu kenderaan Gred H11 ( Lelaki ) 2 Kekosongan
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun daripada tarikh tutup permohonan dan anak kelahiran negeri selangor atau ibu bapa yang lahir di negeri selangor atau mereka yang bermastautin di selangor selama lebih daripada 15 tahun ( Surat pengesahan pemastautin hendaklah dilampirkan bersama)
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan yang telah ditetapkan bagi semua jawatan yang hendak dipohon anda boleh baca pada lampiran yang telah kami sediakan di pautan dibawah.
Cara Memohon jawatan kosong di JAIS
- Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang yang dikeluarkan oleh jais keluaran ( 02(10.05.2015 pindaan 00) yang telah kami sediakan pautan untuk anda muatturun dibawah.
- Borang permohonan hendaklah lengkap dan disertakan bersama-sama dokumen-dokumen dan sijil-sijil yang berkaitan.
- Semua salinan sijil hendaklah diakui sah
- Maklumat Lanjut anda boleh baca pada file pdf syarat-syarat pelantikan yang telah kami sediakan dibawah.