Jawatan kosong Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim KPM | Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia ( KPM ) mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia yang berkelayakan berminat untuk menjadi Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim di sekolah-sekolah menengah KPM Ambilan Tahun 2019 berdasarkan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP).
Jawatan kosong Guru Tahfiz dan Guru Dini secara interim
Nama Perjawatan: Guru Tahfiz dan Guru Dini Secara Interim
Taraf Jawatan: Interim.
Elaun Bulanan Permulaan:
RM2149.03 bagi Ijazah Sarjana Muda (Kepujian).
RM1944.62 bagi Ijazah Sarjana Muda (Am).
Tarikh tutup permohonan 17 MAC 2019
Lain-lain jawatan kosong terkini (Mohon disini)
Syarat Asas Permohonan
- Calon hendaklah warganegara malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi daripada 35 tahun serta mempunyai tubuh badan yang sihat.
- Memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Islam,Pengajian Bahasa Arab,Takhassus Qiraat atau mana-mana bidang yang berkaitan yang setaraf dari universiti Awam (UA) atau Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS).
- Bagi jawatan Guru Tahfiz pemohon haruslah memiliki Diploma Tahfiz atau sijil Tahfiz malaysia (STM) yang diiktiraf oleh Darul Quran, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
Cara Membuat Permohonan
- Permohonan hendaklah dibuat secara online iaitu dengan melayari laman sesawang Jobmalaysia yang telah kami berikan link dibawah.
- Sila pastikan anda membaca dengan teliti syarat-syarat mengelakkan sebarang kesilapan semasa membuat permohonan dan bagi mereka yang tidak pernah memohon di JobsMalaysia anda boleh baca PANDUAN MENCARI KERJA DI JOBSMALAYSIA disini.