Jawatan kosong Guru Tadika Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional | Kepada mereka yang berminat dan berkelayakan anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional. Berikut adalah maklumat jawatan ditawarkan:-
Jawatan kosong Guru Tadika Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional
- Guru Tadika Perpaduan Gred S29 (Kontrak)
- Penolong Guru Tadika Gred N11 (Kontrak)
Syarat asas pelantikan
- Calon hendaklah terdiri daripada warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 14 November 2017.
- Berkelayakan dan melepasi syarat-syarat pelantikan jawatan seperti yang telah dinyatakan didalam pautan yang kami telah sediakan.
Cara memohon jawatan
- Semua permohonan hanya boleh dibuat dengan menggunakan Borang Perakuan Pelantikan Pegawai Kontrak Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri yang anda boleh dapati di Pejabat-pejabat Jabatan Perpaduan Negara di Negeri Sarawak dan Pejabat Perpaduan Negara Integrasi Nasional bahagian Kuching, Samarahan, Sibu,Mukah,Kapit,Bintulu,Miri,Limbang dan Lawas
- Sila baca segala arahan semasa membuat permohonan dan memastikan segala maklumat dan dokumen yang diminta disediakan sebelum anda membuat penghantaran.