Jawatan Kosong Guru KAFA Kontrak 2022 | Jabatan Agama Islam Melaka mempelawa kepada warganegara malaysia yang berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Guru kelas Al-quran dan Fardhu Ain (KAFA) berikut adalah maklumat jawatan ditawarkan.
Jawatan Kosong Guru KAFA Kontrak 2022
- Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) Kontrak (3 tahun)
Elaun RM1,000 sebulan
Penempatan : Daerah Melaka Tengah
Lain-lain jawatan kosong Mohon disini
Syarat asas permohonan
Warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 19 Mei 2022.
Sihat tubuh badan dan disahkan oleh pengamal perubatan atau pergigian berdaftar.
Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan kelulusan seperti berikut :-
- KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu (sekurangnya Gred C);
- Merupakan lepasan Sekolah Menengah Agama atau Sekolah Menengah Kebangsaan dengan KEPUJIAN dalam Pendidikan Islam atau Pendidikan Al-Quran dan As-Sunnah atau Pendidikan Syariah Islamiah;
- Berpengetahuan dalam bacaan Al-Quran dan tulisan jawi dan
- LULUS bagi subjek Bahasa Arab Tinggi atau Bahasa Arab (Komunikasi).
Cara memohon
Semua permohonan Jawatan Kosong Guru KAFA Kontrak 2022 hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang telah disediakan oleh Pihak Jabatan Agama Islam Melaka yang kami telah berikan pautannya dibawah.
Permohonan perlulah disertakan dengan salinan sijil-sijil kelayakan atau dokumen- dokumen berkaitan yang diakui sah dan dihantar ke alamat berikut :-
Pengarah
Jabatan Agama Islam Melaka
Aras 2, Pusat Islam Melaka
Jalan Bukit Palah
75400 Melaka
(u.p: Bahagian Khidmat Pengurusan)