Jawatan Kosong Guru Bahasa di UPSI | Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sukacita ingin mempelawa kepada seluruh warganegara malaysia yang berminat dan ingin bersama-sama UPSI meneruskan kebitaraan dengan memohon jawatan yang ditawarkan bagi 4 April 2016 sehingga 17 April 2016.
Jawatan Kosong Guru Bahasa di UPSI
Jawatan Ditawarkan : Guru Bahasa DG41 ( Guru Bahasa English )
Kekosongan : 3
Taraf Jawatan : TETAP
(Gaji permulaan Gred DG41:RM2,120.73)
Syarat Asas Permohonan Sebagai Guru Bahasa DG41 di UPSI
- Calon haruslah rakyat malaysia yang berusia tidak kurang daripada 18 tahun.
- Calon haruslah mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah sarjana muda dalam bidang pengajaran bahasa atau bidang2 yang berkaitan dan diiktiraf oleh malaysia.
Cara Membuat Permohonan
- Permohonan haruslah dibuat secara online dan mereka yang memohon haruslah membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman sesawang Bahagian Sumber Manusia UPSI.
- Permohonan hendaklah diisi dengan lengkap tanpa meninggalkan mana-mana maklumat yang diminta.
- Mereka yang membuat permohonan tidak lengkap atau palsu tidak akan dilayan sama-sekali.