Jawatan Kosong Bomba Kelayakan Diploma dan Ijazah

0
0
Jawatan Kosong Bomba Kelayakan Diploma dan Ijazah (1)
Jawatan Kosong Bomba Kelayakan Diploma dan Ijazah (1)

Jawatan Kosong Bomba Kelayakan Diploma dan Ijazah | Kepada mereka yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia mereka yang berminat diperlawa untuk memohon sekarang.

Jawatan Kosong Bomba Kelayakan Diploma dan Ijazah

  1. Penolong Penguasa Bomba Gred KB29
    Kekosongan : 60 | Simpanan : 90
    Kelayakan: Diploma/STPM
  2. Penguasa Bomba Gred KB41
    Kekosongan : 40 | Simpanan : 40
    Kelayakan Ijazah Sarjana Muda

Syarat asas permohonan Bomba

  • Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 06 Julai 2020.
  • Mempunyai kelayakan-kelayakan yang telah ditetapkan seperti yang telah ditetapkan untuk setiap gred yang hendak dipohon

Kelayakan asas Fizikal dan Pancaindera

  • Mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 1.57m untuk lelaki dan 1.53m untuk wanita.
  • Berat tidak kurang daripada 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita.
  • Ukurang BMI diantara 18 hingga 26.
  • Saiz ukuran dada sekurang-kurangnya 81sm dalam keadaan biasa dan 86 ketika menarik nafas ( Untuk lelaki sahaja)
  • Tidak mempunyai masalah cacat warna dan pendengaran.
  • Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan diuji berasingan ketetapan v6/9 tanpa menggunakan cermin mata.

Cara membuat permohonan

Untuk berkerja di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia anda hendaklah membuat permohonan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

Sebelum membuat sebarang permohonan sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat serta memenuhi segala syarat-syarat pelantikan yang ditetapkan.

Anda boleh rujuk panduan permohonan jawatan bomba di pautan yang kami telah sediakan di pautan seperti berikut.

Mohon

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.