Jawatan Kerajaan Negeri Kelantan 2022 | Pihak Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan mempelawa kepada seluruh rakyat malaysia (Keutamaan diberikan kepada peranakan Negeri Kelantan) mereka yang berminat dan berkelayakan jangan lepaskan peluang untuk membuat permohonan.
Jawatan Kerajaan Negeri Kelantan 2022
- Pembantu Tadbir (P/O) Gred N19 (Lelaki sahaja)
- Penyelia Asrama – Perempuan Sahaja
Lain-lain jawatan terkini kerajaan mohon disini
Syarat pelantikan jawatan
Calon hendaklah rakyat malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun dan tidak melebihi 58 tahun pada tarikh tutup permohonan jawatan iaitu 31 Jan 2022.
Mempunyai kelayakan-kelayakan untuk setiap jawatan yang hendak dipohon anda boleh rujuk pada lampiran yang kami telah berikan pautannya dibawah.
Cara memohon
Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan form yang telah disediakan oleh pihak maik yang telah kami berikan pautannya dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Anda juga haruslah mencetak slip pengesahan permohonan yang anda boleh muatturun dan dikembarkan bersama-sama RESUME dan salinan sijil-sijil yang disahkan.
Permohonan hanya akan diproses apabila pemohon menghantar RESUME lengkap beserta salinan sijil-sijil persekolahan, kad pengenalan, surat beranak serta surat-surat berkaitan yang telah disahkan oleh pegawai perkhidmatan gred 41 dan ke atas.
4) RESUME lengkap (disertakan gambar berukuran passport) hendaklah mengandungi maklumat berikut:
- Maklumat Diri
- Nombor Kad Pengenalan
- Nombor Telefon Bimbit
- Maklumat Akademik
- Maklumat Ko-Kurikulum
- Pengalaman KerjaÂ
- Rujukan
ALAMAT PERMOHONAN
Permohonan hendaklah sampai ke alamat berikut:
YABrs. Timbalan Yang Dipertua,
Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan,
Kompleks Islam Darulnaim, Lundang,
15200 KOTA BHARU.
SEBELUM ATAU PADA :Â 31 JANUARI 2022