Jawatan Kerajaan MAQIS | Peluang kerjaya terkini di Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong berkelayakan dan berminat jangan lepaskan peluang untuk segera membuat permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut.
Jawatan Kerajaan MAQIS
- Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
Gaji ditawarkan : RM1493 – RM5696
Syarat permohonan jawatan kerajaan
Calon hendaklah warganegara malaysia berusia tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup permohonan iaitu 6 FEB 2023.
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian dalam bahasa melayu di peringkat SPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
Melepas lain-lain syarat pelantikan akademik dan juga ujian dan syarat-syarat fizikal, pancaindera yang telah ditetapkan anda boleh rujuk pada lampiran telah kami sediakan dibawah.
Cara memohon kerja kosong kerajaan
Untuk memohon jawatan kosong kerajaan anda hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan laman sesawang rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang kami telah sediakan pautannya dibawah.
Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat untuk memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh majikan.
Hanya mereka yang berkelayakan dan terpilih sahaja akan dipanggil untuk sesi penapisan selanjutnya.
Anda boleh membaca panduan permohonan jawatan kosong SPA yang kami telah berikan dipautan berikut bagi mengelakkan anda melakukan sebarang kesalahan semasa memohon
asalamualaikim wbt saya berminat dengan kerjaa saya tengah mncari kerjaa.