Jadual perjalanan semasa PKP Aplikasi Gerak Malaysia | Bagi rakyat malaysia yang sudah membuat turun permohonan dan mendapat kelulusan untuk bergerak merentasi negeri berikut adalah jadual pergerakan dan syarat-syarat yang perlu anda patuhi sebelum anda membuat sebarang gerakkan dari tempat anda terkandas ke rumah anda sendiri.
Jadual perjalanan semasa PKP Aplikasi Gerak Malaysia
Berikut merupakan jadual pergerakan dari negeri mengikut tarikh:
7 Mei 2020 – Kuala Lumpur
8 Mei 2020 -Perak, Johor, Kelantan
9 Mei 2020 – Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka dan Pahang
10 Mei 2020 – Selangor, Negeri Sembilan, Terengganu
Bagi pengguna Android, anda boleh membuat kemaskini aplikasi Gerak Malaysia, dan menggunakannya dalam mengemaskini maklumat destinasi pada 4 dan 5 Mei 2020. Kemaskini untuk versi iOS dijangka menyusul seawal esok.
CONTOH: JIKA ANDA TERKANDAS DI KAMPUNG ATAU HOMETOWN DI TERENGGANU. ANDA HANYA DIBENARKAN UNTUK RENTAS NEGERI PADA 7 MEI 2020 SAHAJA.
Syarat-syarat dan kebenaran untuk membuat gerakkan
Perjalanan Gerak Malaysia adalah sehala, bukan dua hala
Gerak Malaysia perjalanan sehala, bukan dua hala
Ramai juga yang bertanya, “Mak saya sekarang terkandas di Shah Alam. Kalau saya nak hantar mak yang nak balik kampung di Johor Bahru, dan selepas itu saya nak balik semula ke Shah Alam, boleh ke?
Jawapannya, TIDAK BOLEH.
Permohonan balik kampung rentas negeri (semasa PKP)
Terlalu ramai yang bertanya, adakalah ini permohonan untuk balik kampung sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)?
Bukan.
Permohonan Gerak Malaysia ialah permohonan balik bandar selepas terlalu lama terperangkap dan terkandas di kampung.
Secara ringkasnya:
Balik ke bandar (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
Mohon melalui Gerak Malaysia
Balik ke kampung (rumah anda) dari kampung mak ayah / mertua
Mohon melalui Gerak Malaysia
Balik kampung mak ayah / mertua untuk sambut Hari Raya sempena PKP
Tidak dibenarkan
Balik kampung mak ayah / mertua untuk sama-sama berbuka puasa bulan Ramadan semasa PKP
Tidak dibenarkan
Balik kampung mak ayah / mertua untuk jumpa orang tua sewaktu PKP
Tidak dibenarkan
Contoh rentas negeri adalah seperti berikut:
Dari Terengganu, mahu balik ke Selangor
Dari Kelantan, mahu pulang semula ke Kuala Lumpur
Dari Kedah, mahu balik ke Pahang
Dari Melaka, mahu pulang ke Perlis
Dari Negeri Sembilan, mahu pulang ke Perak
Permohonan pergerakan antara negeri
Soalan lazim mengenai GerakMalaysia
Bila boleh semak status permohonan Gerak Malaysia?
Semakan status permohonan Gerak Malaysia akan dimaklumkan bermula pada 1 Mei 2020 nanti.
Bila boleh mula bergerak dari kampung ke bandar?
PDRM memberi masa tiga hari iaitu pada 1-3 Mei 2020 bagi orang ramai melakukan pergerakan antara negeri (inter-state).
Saya tak pandai guna app Gerak Malaysia. Apa nak buat?
Jangan bimbang. Permohonan Gerak Malaysia juga boleh dibuat secara bertulis di balai polis berdekatan. Walau bagaimanapun, keutamaan akan diberikan kepada pengguna aplikasi Gerak Malaysia. Boleh ikuti cara buat permohonan Gerak Malaysia seperti di atas.
Adakah saya perlu kemaskini Gerak Malaysia?
Ya. Mereka yang membuat permohonan menerusi aplikasi Gerak Malaysia perlu kemaskini permohonan pada 29 April 2020 untuk mengesahkan destinasi perjalanan.
Saya akan gunakan highway. Kedai makan buka atau tidak?
Bagi sesiapa yang menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), adalah diingatkan bahawa, tiada sebarang kemudahan makanan akan disediakan di kawasan rehat dan rawat (R&R)
Saya nak solat di surau di lebuhraya. Boleh ke?
Surau-surau akan ditutup dan sebarang aktiviti solat berjemaah di R&R tidak dibenarkan. Ini termasuk di dalam mana-mana bangunan, kawasan lapang, tempat letak kereta dan lain-lain
Saya bawa keluarga dan anak-anak kecil. Takut anak nak terkencing. Tandas di highway PLUS buka atau tidak?
Ya, boleh guna tandas. Perlu diingatkan, hanya fasiliti tandas sahaja yang dibenarkan beroperasi.
Di R&R, bolehkah saya jalan-jalan keluar untuk rehat dan ambil angin?
Kawasan meletak kenderaan hanya dibenarkan untuk tujuan rehat sahaja. Pengguna lebuh raya tidak dibenarkan keluar daripada kenderaan semasa dalam tempoh rehat kecuali untuk menggunakan tandas awam.
Stesen minyak di highway buka atau tidak?
Stesen minyak hanya akan beroperasi antara jam 6 pagi sehingga 12 tengah malam di sepanjang lebuh raya dan dilarang melalukan sebarang aktiviti secara berkumpulan dalam tempoh perjalanan.
Macam mana nak tahu lebih lanjut tentang Gerak Malaysia?
Kenyatan media berhubung tatacara pendaftaran aplikasi Gera kMalaysia akan dikeluarkan. Ini akan diikuti dengan satu sidang media pada 29 April 2020 mengenai pergerakan mengikut negeri bagi memastikan perjalanan anda lancar dan teratur
Di ruangan Residential Address, perlu masukkan alamat kampung mak saya atau alamat rumah saya di bandar?
Residential Address ialah yang anda TERKANDAS sekarang.
Apa maksud Rentas Negeri?
Dalam Bahasa Inggeris, ia dipangil Interstate Travel. Contohnya, dari kampung di Kota Bharu, Kelantan dan mahu kembali ke Shah Alam, Selangor.
Saya guna Android rooted device. Adakah boleh download dari Google Play atau perlu download APK?
Untuk download dari Google Play Store menggunakan Android rooted device, belum dapat dipastikan lagi. Anda boleh cuba dan kongsikan dengan kami. Dan berkenaan APK, mengikut pemahaman kami, tidak ada Gerak Malaysia APK. Perlu download terus dari Google Play Store
Benarkah ada Gerak Malaysia online application form, atau borang online yang perlu diisi?
Tidak ada online application form bagi Gerak Malaysia yang boleh diisi menggunakan web browser atau sistem online. Anda memerlukan smartphone dan perlu download app Gerak Malaysia. Borang permohonan ada dalam app ini.
Hubungi Gerak Malaysia untuk maklumat lanjut
Hasil penelitian kami, tidak ada nombor telefon yang boleh dihubungi.
Walalu bagaimanapun, jika anda mahu maklumat lanjut dan bantuan berkenaan Gerak Malaysia, boleh hantar email kepada alamat email di bawah:
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
[email protected]
Anda juga boleh terus ke laman rasmi Gerak Malaysia di https://gerakmalaysia.gov.my. Terdapat maklumat sahih dan lengkap, termasuk FAQ yang bakal menjawab segala persoalan anda.
Akhir kalam
Manfaatkanlah kelonggaran yang diberikan oleh kerajaan Malaysia ini.
Janganlah pula buat perkara yang bukan-bukan dan melanggar undang-undang.
Hati-hati memandu. Jika mengantuk, baca dahulu cara hilangkan mengantuk ketika memandu dan baca doa naik kenderaan.
Diharapkan agar cara permohonan Gerak Malaysia ini akan menghilangkan kerisauan anda.
Untuk muatturun aplikasi gerak malaysia anda boleh boleh lihat dipautan yang kami berikan seperti berikut (IOS dan Android )
Salam…saya sekeluarga telah berpindah dari kedah ke sarawak pada awal januari 2020. Seorang anak saya yang masih bersekolah di kedah telah datang semasa cuti sekolah 17/3/20 dan terperangkap sehari sebelum PKP1. Tiket flight untuk pulang telah beberapa kali tertunda dan tarikh terbaru flight ialah pada 5/6/2020. Apakah prosedur yang perlu dipatuhi…adakah perlu isi borang gerak malaysia atau ke balai polis berdekatan,…..
Selamat petang
Tumpang tanya
Kalau i apply dalam gerak malaysia utuk pi kl
Dari penang
By bus
boleh tak ??
Atau masa gerakan dah tamat ??
Salam. Apointment gigi saya telah tertangguh sejak pkp dijalankan dan saya telah membayar semua bayaran di klinik berkenaan. Boleh kah sy rentas negeri untk menyambung appointment sy kembali kerana sakit berlarutan dan menyebabkan terganggunya rutin harian saya. Buat pengetahuan capt saya mendapatkan rawatan di klinik swasta kedah dan sekarang saya bekerja di kuala lumpur.
Assalamualaikum..pada 10/5..PM ada umumkan boleh merentas negeri untuk jumpa pasangan yg berjauhan (pjj)..saya bercadang untuk jumpa isteri di Seri Kembangan…saya dri JB…
Tapi baru tadi saya pergi ke Balai Polis Tampoi..ada anggota bagitau pihak atasa cakap arahan seperti tu sudah tidak boleh…macam mana tu..? PM cakap lain…pihak polis cakap lain pulak..?
Salam, saya ingin pulang ke kampung kerana saya hanya perlu bekerja dari rumah sepanjang pkp ni. Saya telah terkandas di rumah sewa saya sebelum pkp bermula lagi. Bolehkah saya memohon untuk merentas negeri dari Johor ke kelantan?
Waalaikumsalam. Jika En Dzul mempunyai sebarang kecemasan di gesa untuk mohon dengan balai polis terdekat.
Sebarang pergerakan merentas DAERAH sesama zon hijau insyaAllah di pertimbangkan.
Salam, saya dari Kuantan, adakah saya dibenarkan bergerak menziarahi ibu saya di Bentong dan berpatah balik ke Kuantan petang ini, 10/5/2020.
Salam cik eina. Mohon bapa cik budi bicara dengan balai polis terdekat. Ini kerana terlampau ramai yg ambil kesempatan sehingga menyebabkan SOP rentas negeri di ubah iaitu TIDAK DI BENARKAN BUAT PERJALANAN 2 HALA walaupun < 24 Jam.
Kemungkinan OCS (Ketua Balai Polis) akan keluarkan 1 surat khas jika di izinkan.
Salam jika bapa saya hntar pulang mulai esok 9 mei dari pahang ke kl , sy pulang sbb bkerja..dan bapa saya patah semula blik ke pahang hari yg sama adakah dbnarkan??
Salam nk tanya esok bermula rentas negeri dr pahang ke kl 9 mei sy perlu pulang ke kl sbb kerja, jika bapa sy hantar sy pulang ke kl then bapa sy patah balik semula ke pahang hari yg sama, adakah dibenarkan??sbb sy tiada kenderaan persendirian dan waktu perjalanan pukul brapa dbenarkan sebaik2nya??
Salam sy nak tnya , esok bermula nya rentas negeri dr pahang ke kl..9 mei..yg mnjadi keraguan sekarang nie bapa sy yang hntar sy pulang ke kl..n then dia patah semula balik ke pahang hari yg sama adakah dibenarkan?
Kalau En Asmawi tak dapat jawapan dari Apps Gerak Malaysia versi 2.5 maka di galakkan rujuk ke balai polis terdekat untuk hantar borang rentas negeri , cop dan tandatangan serta maklum status ialah TERKANDAS.
En Asmawi dan isteri sepatut nya SEDIA MAKLUM bahawa jadual keluar dari KL ialah 07 Mei (Khamis) di mana dah pun terlepas 2 hari lepas.
Slm sjahtera..sy nk tnye..jika sy dn ank isteri dri kl dn nk blik ke rmh sewa sy di setia alam…ape yg sy perlu ade utk prjlnan?adakah prlu buat surat atau bgaimana ye?mohon percerahan..sy ade mohon dlm gerak malaysia tpi x thu ape jwpan..x de email ape jwpan pd sy
Pagi En Cheok. Jika betul untuk tujuan mengambil anak yang tekandas , maka TIADA HALANGAN DAN BOLEH TERUSKAN PERJALANAN.
Tambahan En Cheok telah membuat permohonan dan kelulusan telah di beri. Bagi perjalanan 2 hala di nasihatkan cuba <24 Jam.
Contoh : 07am (Kulim) , 01pm (tiba di Kajang) ,
Cuba patah balik selepas rehat beberapa jam.
Selamat pagi tuan, saya dari Kulim Kedah ingin mengambil balik anak (pelajar IPT) yang terkandas di Sg Long, Kajang dan balik ke Kulim hari yang sama(perjalanan 2 hala) . Saya telah memohon bertolak dari Kulim pada 9 Mei ke Sg Long, perlu kah saya buat lagi permohonan dari Sg Long ke Kulim? Terima kasih.
Terima kasih atas penjelasan. Seperkara lagi, adakah anak di Kajang perlu membuat permohonan?
Ya , anak perlu buat permohonan seperti biasa mengikut pada SOP yg ditetapkan. Cuma kalau tak silap saya giliran dari Selangor ialah pada 10 Mei (Ahad).
Waalaikumsalam. Giliran cik hafizah rentas negeri dari terengganu ialah HARI INI (08 Mei). So boleh bergerak macam biasa.
Cuma sila pastikan KEMASKINI DATA di Apps Gerak Malaysia versi 2.5 dan BAWAK SEKALI / ada EMAIL menunjukkan ARAHAN CUTI TANPA GAJI sekiranya di tahan di Sekatan Jalan Raya (SJR).
assalamualaikum..sy nk tnya jika sy start cuti dr 18mac sehingga diberitahu(suvervisor cakap mybe sampai bulan 7)setiap bulan surat dr majikan akan di update untuk staff..jika saya igin pulang ke kampung,dari terengganu ke perak boleh ke??sebab sy duduk sini sewa..mmg xde simpanan..sebab cuti tanpa gaji..tq
Tak perlu sampai ke balai polis kerana phone saudara boleh guna Apps Gerak Malaysia.
Selepas KEY-IN DATA di Apps Gerak Malaysia sebuah QR Code akan Auto-Generate sebabkan oleh Auto-Approved.
Perlu di ingatkan QR Code tersebut TIDAK 100% PENTING. Ia sekadar bonus. Yang penting ialah info yang di daftar kan bagi semakan ketika SJR.
FYI :
Sekatan Jalan Raya (SJR) telah di tambah sebanyak +98 bermula 07 Mei (HARI INI) ,
Contoh :
Pada asal nya hanya 25 SJR di Semenanjung (PKPB) , di sebabkan untuk rentasan negeri maka 25 SJR (sedia ada) + 98 = 123 Sekatan Jalan Raya bagi 12 buah negeri di Semenanjung ini.
Kesimpulan nya : Peluang berjumpa di SJR 9/10 , di tahan SJR 6/10 (random) dan Pengesahan Data ketika SJR 3/10 (random).
Jadi kepada yg ada STUDENT ID , sila bawak STUDENT ID.
Kepada yg di arah CUTI TANPA GAJI / DI TAMATKAN PERKHIDMATAN / DI PECAT sila bawa bersama surat.
Terima kasih banyak-banyak.
Di manakah boleh saya kemaskini DATA tentang ID kad pelajar sebagai pengesahan sebagai status “PELAJAR YANG TERKANDAS”? Saya tidak dapat jumpa ini kat app Gerak Malaysia.
Jadi selain daripada memohon permohonan melalui app Gerak Malaysia, apa yang saya dengan kawan saya perlu buat? perlukah saya mendapat sebarang chop/document dari balai polis?
Kalau macam tu dah di kira situasi terkandas. So adalah sebaik nya di galakkan ambik peluang untuk pulang ke Johor.
Selain dari kemaskini DATA pastikan mempunyai ID kad pelajar sebagai pengesahan sebagai status “PELAJAR YANG TERKANDAS”.
Boleh tumpang. Memandangkan situasi agak kecemasan , sebarang pergerakan baik menaiki motor maupun bas adalah di benarkan.
Apa yang penting ialah MENGIKUT PADA JADUAL yg di tetapkan dan KEMASKINI DATA di Apps Gerak Malaysia versi 2.5 ,
Sekiranya Lee dan kawan mempunyai alasan kukuh (konkrit) sebab balik ke Johor , adalah lebih baik.
Sebab sekarang universiti saya dah tukar cara pelajaran ke e-learning, maksudnya saya pun boleh belajar kat rumah sebab dah tak perlu class fizikal kan, jadi kalau pulang ke rumah pun boleh jimatkan duit menyewa hostel.
Saya belajar di tempat yang sama dengan kawan saya dan dia mempunyai kereta. Saya ingin menumpang keretanya untuk balik ke Johor dari Selangor. Kawan saya pun dari mukim yang sama kat Johor. Kalau bukan blood-related, hanya kawan, boleh tak kalau nak tumpang kereta? adalah situasi ini diizinkan?
QR Code akan di keluarkan secara automatik selepas di request. Sebaiknya pihak Tuan anak beranak ikut pada jadual yang di benarkan.
Contoh dari KL 07 Mei & dari Johor 08 Mei.
Bukan sekadar elak kesesakan , bahkan demi lancarkan urusan sekiranya di tahan Sekatan Jalan Raya (SJR).
Tuan di benarkan buat 2 hala sebaiknya <24 Jam.
Harap membantu.
Assalam Tuan, saya dari johor ingin ambil barang2 dan anak yg telah tamat pengajian dimana terkandas dari PKP 1 lagi.
1. bolehkah saya ambil dan terus balik pada hari yg sama (Johor-Cyberjaya-Johor).
2. Dibenarkan ke anak saya menunggang motosikalnya balik.
*kami bedua telah mendapat kebenaran QR code pd hari yg sama 7 mei.
Tuan , saya ni daripada pekan pahang menetap disini , perjalanan sy sekarang seperti dua hala, kerna skrg saya perlu menghantar adik saya yg berumur 17 tahun pulang kerumah ibu di kg sungai choh rawang , dh lama disini sebelum pkp dtg ke pekan utk ambil surat berhenti sekolah , jadi skrg dia terkandas di rumah sy , dan sara rumah saya juga bertambah , dan pendapatan pula terjejas akibat bekerja gaji hari , simpanan mmg takde , kwsp tak tahu lah boleh guna ke tak, sebab amaun dlm akaun tak banyak lebih kurang 4ke5 ribu je, boleh ke bossku?
Salam saudara keliru. Pertama sekali YA PERJALANAN DUA HALA di benarkan , maxima ialah 48 Jam tapi sebaiknya cuba dalam <24 Jam.
Saudara pastikan ikut giliran rentas negeri contoh dari KL ialah 07 Mei dll serta kemaskini maklumat di Apps Gerak Malaysia versi 2.5 ,
Berkenaan isu KWSP ya tidak ada masalah. Tidak kira apa angka sekali pun , PENGELUARAN DI BENARKAN bermula 01 April.
Waalaikumsalam. Pagi cik Haizan. Ya boleh naik KTM (komuter tren) seperti biasa.
Mengikut pada jadual Negeri Sembilan ialah pada 10 Mei. Pastikan cik Haizan kemaskini DATA di Apps Gerak Malaysia versi 2.5 supaya mudah & lancar perjalanan.
Jika ingin patah balik ke rembau , pastikan di buat < 24 Jam. T.Kasih.
Ok … Alhamfulillah… T.kasih capt ….. Jika version lama ada masalah ke capt?
Version lama ada masalah sikit dengan urusan rekod DATA. Bagi mengelak sebarang kesulitan , tuan di galakkan update.
Harap urusan saudara di permudahkan.
Salam … Selamat pagi .. nak tumpang Tanya. Nak tumpang Tanya ..
… Sy Dr rembau NEGERI sembilan. Nak balik shah Alam. 10 mei ini utk rentas NEGERI…. Jika Saya Tak ada kereta .. sy balik. Naik ktm (train komuter) dr rembau ke shah Alam.. boleh KE? Sebab sy balik. Sini sebelum ni pun naik ktm komuter ..sebab memang takda kenderaan. . Saya nak confirmkan saja adakah boleh. Naik ktm komuter?
Untuk sebarang pergerakan rentas negeri selepas 12 Mei adalah di nasihatkan rujuk PERKEMBANGAN keadaan semasa.
Ini kerana buat masa ini kerajaan hanya RANCANG PKPB / CMCO sehingga 12 Mei sahaja. InsyaAllah selepas nya boleh.
Salam sy tnya bkenaan boleh kah rentas negeri selepas tarikh pkp 12 may ini atau pada 12 may ini. Sy dari pahang nk balik ke kl.. Spttnyer pada 9 mei ttapi boleh kah sy rentas negeri slpas tarikh tersebut??
Lagi satu sy nk tnya bapa sy yg hantar pulang ke kl dan dia nk patah semula balik ke pahang adakah d bnarkan??
hai sy nak tnya. sy dr sabah bhgian tenom. sy hnya ikut hasben smntara d wilayah persekutuan Labuan. sy planning nak balik haritu 20 mac. tp tda sgka PKP dh berlangsung. sy tperangkap d sini dan sy nak balik ke sabah sbb ulangan ank sy terima vaksin polio kali ke-2 tp tertunda kerana PKP. bole ka sa mohon esok pd 7may dan balik esok juga? sebab review ank sy adalah pd 8may bersamaan jarum utk 1 tahun.
Kalau Puan memang asal kelahiran sabah (12/15/47/48/49/58) insyaAllah tiada masalah.
Walau bagaimana pun di nasihatkan untuk kemaskini Apps GERAK MALAYSIA versi 2.5 supaya pihak polis ada maklumat perjalanan Puan jika di tahan.
saya dr sabah. hnya ikut hasben ke labuan smentara. planning nak balik sabah 20 mac haritu sebab nak sambung vaksin polio utk ank kali ke-2 tp teperangkap d labuan sbb PKP dh start. Bole ka sy dan ank sy balik sabah pdai 7may ni?
Jika di ikutkan pada statement En Normizi telah pun terkandas SEBELUM NYA PKP DI LAKSANAKAN (18 Mac) iaitu “cuti tanpa gaji selama 3 bulan”.
Dalam kondisi sekarang , En Normizi di galakkan bawa bersama SURAT PERMOHONAN CUTI atau SURAT ARAHAN CUTI TANPA GAJI 3 BULAN dan pastikan kemaskini Apps Gerak Malaysia versi 2.5
Salam .. nak tanya, untuk rentas negeri dari perak ke terengganu menghantar adik pulang ke rumah di terengganu setelah terkandas di kampung di perak, bolehkah saya membawa abang saya seorang lagi ?bagi membawa kereta bergilir gilir supaya dapat pergi dan balik pada hari yang sama untuk mengelakkan mengantuk..
Waalaikumsalam. Ya boleh , En Afif di benarkan bawa orang ke-2 @ orang ke-3.
Walau macam mana pun SEMUA INDIVIDU di wajib kan update data terkini mengikut Apps Gerak Malaysia versi 2.5 supaya memudahkan urusan jika terdapat sekatan jalan raya.
Jadual dari Perak ialah ESOK pada 08 Mei dan pastikan TIBA / PATAH BALIK < 24 Jam.
Askum saya nak tanya jika saya terkandas di selangor rumah sewa nak balik kg rumah sendiri guna app gerak malaysia boleh ke?rumah sewa kena keluar bulan ni juga sbb bulan depan dah tak boleh bayar sbb duit dah kering sbb hilang pendapatan cuti tanpa gaji selama 3 bulan.rumah kat kg tu memang rumah sendiri daftar bill tnb pun nama saya.
Tadi saya cek gerak malaysia saya dah diluluskan..sejam kmudian saya cek balik gerak malysia saya dah berubah..permohonan tidak diluluskan kenapa camtu ea..bole jelaskan
Kemungkinan ia berdasarkan permohonan sama telah di buat 2 KALI DALAM TARIKH YANG SAMA menyebabkan berlaku nya ” system overlap application”.
Di nasihatkan cuba dalam beberapa jam lagi atau ..
Yang TERBAIK ialah buat permohonan semula ketika nak bertolak dan JANGAN TINGGALKAN Apps. (biar di standby mode bukan clear all)
Tumpang tnya kalau apps gerak malaysia dah luluskan i untuk rentas negeri. Boleh ke naik public transport mcm bas?
Ya , cik siti boleh rentas negeri mengikut pada kelulusan yang di benarkan.
Walau macam mana pun DI NASIHATKAN MOHON SEKALI LAGI di antara tarikh 07 Mei – 10 Mei mengikut pada tarikh giliran pergerakan.
Setiap permohonan adalah AUTO APPROVE.
Tapi ada yang mengatakan tidak dibenarkan menggunakan bas express dan motorsikal. Betul ke
Boleh menggunakan kenderaan awam / persendirian seperti biasa asalkan masih mengikut jadual giliran rentasan negeri dan kemaskini DATA di Apps Gerak Malaysia versi 2.5 ,
boleh ke menggunakan motor? saya takde kereta
Ya boleh , jim boleh bergerak ke tempat nak di tuju gunakan motor asalkan mengikut tarikh di tetapkan.
Assalam..selamat pagi…saya nak tanya..hr tu sy balik Sabah dr Kedah atas urusan bsalin..igtkan slsai hbs pantang akn blik semula ke Kedah kerana ikut suami…skrg suami ada di Kedah…sdgkan sy da hbs bpntang tkandas d Sabah bsama ank2…
Waalaikumsalam. Tahniah di ucapkan atas kelahiran anak dengan jaya nya.
Berkenaan perjalanan keluar dari Sabah / Sarawak tiada halangan dari Semenanjung.
Walau bagaimana pun Puan di nasihatkan buat perjalanan di antara 07 Mei – 10 Mei dengan kemaskini info di Apps Gerak Malaysia versi 2.5 (TERBARU)
Hi ,sy nak balik jb dari kl. Sy tinggal sini sebab belajar Dan kerja. Boleh sy balik ke?
Cik resviny tidak di galakkan pulang ke kampung halaman (JB-KL) kerana sebarang perjalanan rentas negeri hanya lah bertujuan ke tempat BEKERJA / MENJEMPUT AHLI KELUARGA yang terkandas.
Selamat petang, nak tanya kalau saya cuma mulai kerja kat KL Mei 18, boleh kah saya buat perjalanan balik Dari Seberang Prai me KL pass Mei 14 atau 15 dengan suami saya ?
Terima kasih
Untuk sebarang perjalanan rentas negeri SELEPAS 10 Mei pihak tuan/puan kena rujuk dengan balai polis terdekat untuk surat perlepasan PDRM dan di sertakan bersama Dokumen Bekerja arahan Majikan.
Di ingatkan walaupun PKPB kuat kuasa hanya sehingga 12 Mei , tuan/puan di galakkan ikuti perkembangan semasa.
Maaf . Saya nak bertanya . Saya dah lama terkandas dekat kampung di jerteh masa mula mula start pkp ni dalam bulan 3 .. sedangkan saya bekerja. (Cashier pasaraya) . Saya nak pulang ke Bandar untuk bekerja kerana saya bimbang motor, rumah dan tempat saya bekerja risau jika manager cari orang baru . Soalnya! Saya nak balik tapi tiada kenaikkan sebab masa tu saya pulang dengan menaikki bas jadi nak pulang untuk ke Bandar tiada kenderaan. Adakah kenderaan seperti bas di sediakan untuk saya pulang ke bandar?? Tiket dah beli tapi bas tak bergerak, wang belanja dah makin berkurang akibat tangguh bekerja Dan dari company tidak memberi apa apa gaji kerana saya tidak bekerja semasa pkp ini akibat terkandas di kampung. Saya mohon agar memberi kemudahan Dan pengakutan untuk saya pulang ke bandar untuk bekerja
Mengikut pada meyuarat bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) , bas ekspress telah pun dibenarkan mula beroperasi.
Walau bagaimana pun selebih nya bergantung pada Operator / Pengendali. Salah 1 sebab ialah kerana HANYA 15 PENUMPANG SAHAJA di benarkan dalam 1 masa.
Saya sertakan no. WhatsApp SANI EKSPRESS +6019-268-5050 untuk sebarang pertanyaan.
InsyaAllah membantu tuan/puan. T.Kasih.
Maaf , tuan TAK BOLEH rentas negeri sampai Sabah Sarawak melainkan ada Surat (essential services) / Pas Penduduk Tetap Sabah / Penduduk Sabah di bawah Pas Kerja / Pas Pelajar / Pas Lawatan Sosial Jangka Panjang.
Tuan boleh cuba ke balai polis terdekat cuba kalau ada budi bicara , contoh urusan kecemasan , pulang ke tempat bekerja dll.
nak tanya kalau dari selangor nak balik ke sabah bole tak ?
Cik najihah boleh rentas daerah / negeri MENGIKUT pada jadual yg ditetapkan iaitu 07hb Mei – 10hb Mei ni. Walau macam mana pun , untuk ulang-alik tersebut HANYALAH DALAM TEMPOH 48 Jam.
Contoh : Jika 08hb dari Kelantan ke KL , ya boleh. Kemudian pada 20hb nak ke Kelantan semula , jawapan nya TIDAK BOLEH.
Ia bergantung pada perkembangan semasa.
macam mana pula berkenaan rentas daerah ?? dri kg pulang ke bndr? adakah blh pulang ke kg smula??
AsSalam…. dalam konteks disini hanya menyatakan Rentas Negeri iaitu dari negeri ke negeri tapi boleh saya tahu dengan lebih lanjut, jika kita mahu Rentas Daerah pula bagaimana ye…. Contoh sekarang duduk di Johor Bahru dan mahu pulang ke Pagoh, Johor adakah dibenarkan membuat perjalanan dua hala atau sehala sahaja…. Jika boleh, apakah syarat-syarat yang perlu dibuat…. Terima kasih.
Jika cik Akma berancang dari JB hala ke Pagoh / Muar / Simpang Renggam (dalam negeri sendiri) , insyaAllah boleh meskipun hanya 15KM radius di benarkan tapi pastikan ulang-alik dalam tarikh 07 Mei – 10 Mei (48Jam maxima).
Walau bagaimana pun , pastikan KEMASKINI Apps Gerak Malaysia dan isi info semasa (interstate movement). T.Kasih.
Tuan/Puan boleh bergerak (rentas negeri) ulang-alik tidak lebih dari 48 Jam bagi urusan ambil anak antara 07hb Mei – 10hb Mei.
Sebaik nya tuan/puan kemaskini Apps Gerak Malaysia supaya mudah & lancar urusan ketika road block nanti.
Anak saya terkandas di kampung, perak masa PKP1, saya kena balik kampung bawa pulang mereka. Ini adalah 2 hala, bagaimana saya boleh buat permohonan ini?
Bolehkah pergerakan antara negeri dilakukan selepas 10/5. Sebagai contoh, dari Penang ke KL pada 16/5 ? Tq
Buat masa ni PKP Fasa ke-4 (PKPB) di jadualkan HANYA SEHINGGA 12 Mei. Sekiranya tidak di lanjut kan , insyaAllah tuan/puan boleh bergerak macam biasa walau bagaimana pun di nasihatkan ikuti perkembangan semasa.
Regardless unfortunately as per ordered by the State Gov there will be no interstate movement during this CMCO / PKBP period even effect tomorrow until 12 May but ,
GOOD NEWS is gov did allow to rentas negeri / interstate movement between 07th May – 10th May.
It is clearly said ONLY MOVEMENT WITHIN 10KM radius is allowed and your location / venue request is more than allowed perimeter ,
However .. You may try to consult any nearest police station (budi bicara) for such urgency / emergency situation.
#STAY SAFE
Thanaletchumi A/P Kanaisan
Hai ,good evening .Dear Sir /Madam can i send back my daughter and her 2 month old baby , back home to Sungai Siput from Seberang Prai during Gerak Malaysia movement .My son in -law doesn”t know to drive car .so can he sewa kereta with a driver fom non of his family to
take them home durin movement?
If company get the approval from MITI to continue operations during MCO. My apps application can’t generate the QR code for interstate travel. How can I crossing the state from Melaka to Puchong, Selangor ? Thanks.
It is clearly ordered either gov. servant or pvt sector if there is need to report duty by 04th May (Mon.), then it is NOT RECOMMENDED to do so.
Due to the CMCO (PKPB) period the superior management/employer also can’t take further action against the unattended employee as the Ministry of Human Resource may charge towards them back.
For interstate travel , an announcement been made it is ALLOWED BETWEEN 07th May – 10th May. Pls ignore the QR issue.
Hope that helped you. Stay Safe.
Hi, if company get the approval from MITI to continue operations during MCO. My apps application can’t generate the QR code for interstate travel. Anyway I can crossing the state from Melaka to Puchong, Selangor ? T.Kasih.
Sekiranya BERLAKU KECEMASAN macam tujuan melawat , ya boleh tetapi tuan/puan WAJIB lapor diri di Balai Polis terdekat dahulu sebelum bertolak dan HANYA SEORANG SAHAJA DIBENARKAN bagi tujuan rentas negeri..
Kalau 02 orang pula di benarkan dalam kenderaan yg sama tapi hanya radius 10KM ke bawah sahaja.
Bagi tujuan melawat , sebaik nya ada Surat dari pengesahan dari pihak hospital (bagi mudahkan proses)
Saya berada di kulim, kedah, … dan biasanya akan berulang alik pergi kerja di pulau pinang setiap hari, bolehkah saya berulang alik pergi kerja di pulau pinang mula dari 4 May? Kalau tidak dibenarkan, apa yang perlu saya buat?
Dari pineng nak ke negeri sembilan .. mak sayer masuk hospital besar negeri 9 ….saya kene rentas negeri ke negeri boleh ke ?
Yes correct.. hanya 07 mei – 10 mei sahaja di benarkan bergerak ( rentas negeri ). InsyaAllah dipermudahkan.
T kasih banyak banyak kepada CAPT MOHAMED. ATAS penjelasan berkenaan tarikh RENTAS NEGERI INI… .. INFO YANG TUAN BERIKAN cukup jelas untuk Saya faham sekarang.SEMOGA KITA SEMUA RAKYAT MALAYSIA YANG TERKANDAS DI KAMPUNG UNTUK PULANG KE BANDAR(RUMAH SENDIRI) DIPERMUDAHKAN…. IN SHA ALLAH…AMINNQ
Okey … That’s means 1-3 mei ni. Tak boleh rentas negeri lah . So start 7mei -10 mei dibenarkan rentas negeri until pulang ke rumah di bandar?
Saya nak tumpang Tanya. . jika. Saya berada di kampung sebelum pkp bermula lepastu terkandas di kampung. Sebab pkp sy mohon rentas negeri melalui gerak malaysia.. jika sy buka web gerak Malaysia Sama saja. Jaawapan sila buka pada 29 hb April. Mcmna sy nak tau jaawapan sedangkan 3mei rentas negeri ke n.sembilan. Pada 3 hb. . esok sudah 3 hb.. boleh tolong jelaskan. Saya kurang faham
Salam cik Haizan. Applikasi tersebut bagi pemantauan untuk ketahui BERAPA JUMLAH SEBENAR pemohon yg nak rentas negeri. Pada 07mei – 10mei nanti semua pemohon boleh keluar bergerak macam biasa baik menggunakan bas , kapal terbang maupun kenderaan persendirian. Mohon follow up di media pada 07 mei nanti. T.Kasih.
Okey … That’s means 1-3 mei ni. Tak boleh rentas negeri lah . So start 7mei -10 mei dibenarkan rentas negeri until pulang ke rumah di bandar?
Ya betul cik Haizan. Tidak ada sebarang pergerakan rentas negeri sehingga lah 07 mei – 10 mei ni. Harap dah jelas.
My husband just got the QR code today 2/5 by opening the GPS…So can he go back to KL from Ipoh tomorrow with his mother ( her home in KL)
She was stuck in Ipoh following us back to my mum home during school holiday on 13/3. My husband also KL resident..as for me n my children , we preferto
stay in ipoh until school reopen in KL..coz i feel safer in ipoh time being.
My mother in law got home sick sickness very serious..insomnia..better send her back first if possible…Pls advise me on the matter..tq
Hi Amy. Pls be advise the QR Code generate by the Apps just to show to enforcement in terms of road block ( PDRM ,JPJ ,Traffic, Military etc.) FYI strictly there will be no interstate movement / keluar negeri unless 07th may – 10th may. The QR Code ONLY TO BE USE WITHIN THE 10KM radius within current living address.Thank you.
Hi..saya Puan Masrina nk tanya bila tarikh yg sebenar utk kami merentas negeri?
Dan knpa jadual utk merentas negeri telah dikeluarkan yg bertarikh smlm 1Mei sdgkan kami tidak menerima apa2 maklumbalas dari apps gerak malaysia?
Buat kami tak keruan memikirkan bpa lama lgi perlu tungguuuu?
Kebenaran bagi rentas negeri hanya lah pada 07 mei – 10 mei Pn Masrina. Jadual pergerakan akan di keluarkan insyaAllah 01 ke 02 hari sebelum.
Buat masa ni semua pergerakan rentas negeri adalah DILARANG SAMA SEKALI.
Yang jadual 01 mei – 03 mei tu dah di batalkan sehari selepas pihak PDRM buat pengumuman. T.Kasih.
Saya dah appy online ..mcm mana sy nak check sama ada permohonan saya dah lulus…
Semua permohonan akan di luluskan secara automatik bermula 07 mei ke atas. Pihak kerajaan telah buat sidang media siang tadi. Cik boleh rentas negeri ikut pada giliran 07 mei – 10 mei nanti.
Hi, saya masih tidak boleh generate QR code di apps gerak malaysia sedangkan harini orang yang terkandas di negeri kedah sepatutnya sudah boleh pulang kekediaman masing2 hari ini? Bagaimana saya nak rentas negeri bersama keluarga untuk pulang ke kediaman sendiri jika QR code masih belum digenerate sedangkan saya bersama isteri perlu bekerja pada 4 mei ini? Please penjelaskan situasi ini?
Sidang media telah di lakukan hari ini mana-mana penjawat awam / swasta yg terkandas TIDAK DI GALAKKAN BEKERJA pada 04 mei ini. Pihak kementerian sumber manusia akan kaji selidik akta yg berkenaan jika ada majikan / pihak atasan yg kenakan tindakan terhadap pekerja yg tidak hadir. Tuan/Puan boleh rentas negeri bermula 07 mei – 10 mei nanti. Sila semak perkembangan semasa. T.Kasih.
Hi, saya seorang cikgu. Hari itu cuti sekolah Bermula husband I hantar I dengan dua orang anak I yg berumur 6 tahun Dan 3 tahun ke johor pada 13 march.. Lepas itu dia dah balik Selangor.. I dah sebulan lebih di johor.. Sekarang ini gerak Malaysia hanya sehala..bagaimana kita nak balik? Husband I Kena datang johor baru kita boleh balik.. I sudah stress dengan keadaan begini..please help..
Hi. Maaf Puan. Untuk pulang ke alamat menetap belum ada keputusan lagi. Blog gkerjaya.com ni UPDATE / KEMASKINI LEWAT info semasa. Sebarang pergerakan rentas negeri tidak dibenarkan sama sekali. Kenyataan media telah di keluarkan oleh kerajaan SEHARI SELEPAS pengumuman perjalanan oleh PDRM. T.Kasih.
Check interstate keputusan utk pada hari 3mei. Selangor ke Johor.
Regardless there won’t be any permission on crossing the state until 4th May onward / further notice unless the applicant (pemohon) ada Surat Arahan Bertugas / Bekerja. T.Kasih.
Balik kampung di johor bahru
Balik kampung di larang sama sekali melainkan cik hawa ready di denda RM 1,000 atau penjara atau kedua-dua nya ketika Q&A di road block. T.Kasih.