Iklan Jawatan Kosong UiTM Kampus Kuala Pilah Negeri Sembilan | Kepada seluruh calon-calon bumiputera warganegara malaysia yang berkelayakan dan sedang mencari jawatan kosong anda diperlawa untuk segera membuat permohonan bagi mengisi kekosongan yang ditawarkan di Universiti Teknologi MARA (UiTM) cawangan Negeri Sembilan dan berikut adalah jawatan yang ditawarkan:-
Iklan Jawatan Kosong UiTM Kampus Kuala Pilah Negeri Sembilan
- Penolong pegawai Hal Ehwal Islam (IMAM) Gred S29
Gaji ditawarkan RM1,493.00 – RM5,672
Syarat asas permohonan jawatan
- Calon hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya STPM atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya dengan mendapat prinsipa dalam subjek Syariah, Usuluddin atau Bahasa Arab. ATAU
- Diploma dalam bidang tahfiz Al-Quran, pengajian Islam atau mana-mana kelayakan yang sama taraf dengannya.
- Mendapat kepujian sekurang-kurangnya Gred C dalam subjek bahasa melayu pada peringkat SPM.
- Keutamaan adalah kepada calon lelaki.
Cara memohon
- Semua permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Perjawatan Universiti Teknologi MARA yang anda boleh muatturun di pautan yang kami telah sediakan dibawah.
- Sila pasti anda membaca dengan teliti syarat-syarat permohonan dan dokumen-dokumen yang diperlukan semasa menghantarkan permohonan anda bagi mengelakkan permohan anda tidak diproses.
Tarikh tutup permohonan 7 Julai 2017