I-Sinar KWSP apa yang Perlu Anda Tahu? | Sebelum ini pihak KWSP telahpun memberikan kemudahan I-Lestari dimana ahli KWSP dibolehkan untuk mengeluarkan RM500 setiap bulan wang simpanan KWSP daripada akaun 2 bagi meringankan beban ahli akibat daripada wabak covid-19.
Selepas belanjawan 2021 pada 6 November lalu pihak kerajaan telahpun membuat pengumuman bagi membenarkan pengeluaran simpanan KWSP untuk akaun satu dan diberi nama sebagai i-Sinar berikut adalah perkara yang harus anda tahu tentang program ini.
I-Sinar KWSP apa yang Perlu Anda Tahu?
Apakah itu Program i-Sinar KWSP
Program ini adalah untuk semua pencarum KWSP yang layak untuk mengeluarkan simpanan KWSP akaun 1 sebanyak 10% dengan syarat baki minima sebanyak RM100.
Syarat Permohonan i-Sinar
- Ahli pencarum KWSP yang telah kehilangan pekerjaan.
- Ahli pencarumKWSP yang diberi cuti tanpa gaji oleh majikan.
- Ahli pencarum KWSP yang tiada tiada sumber pendapatan.
- Ahli KWSP Pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut.
- Pencarum yang telah menghabiskan jumlah pengeluaran maksimum inisiatif i-Lestari daripada Akaun 2 terlebih dahulu sebelum boleh membuat pengeluarkan daripada akaun 1 melalui i-Sinar.
Bagi mereka yang sedang mencari jawatan kosong anda boleh mohon disini
Jumlah yang boleh dikeluarkan melalui i-Sinar
Inisiatif i-Sinar ini terbagi kepada 2 kategori iaitu pengeluarkan akaun 1 dengan Baki 90,000 ke atas dan Baki Simpanan Akaun 1 90,000 Kebawah:-
Jika bagi akaun 1 anda RM90,000 kebawah
Anda dibenarkan untuk mengeluarkan maksimum RM9,000 dan amaun dibayar secara berkala sehingga 6 bulan dengan pendahuluan pertama sebanyak RM4,000 dan pengeluarkan selanjutnya sebanyak RM1000 (maksimum) sebulan.

Jika Baki akaun 1 Anda RM90,000 Keatas
- Pencarum dibenarkan untuk mengeluarkan pendahuluan sebanyak 10% dengan jumlah maksimum pendahuluan sebanyak RM60,000.
- Jumlah pendahuluan ini dibayar secara berkala sehingga 6 bulan dengan jumlah pertama sehingga RM10,000.
- Pengeluarkan bulanan seterusnya adalah maksimum RM10,000 sebulan.

Cara memohon i-Sinar KWSP
Buat masa sekarang pihak kerajaan dan KWSP belum lagi memberikan panduan dan cara untuk membuat permohonan pihak kami akan berikan kemaskini dari masa ke semasa dan update terkini yang diberikan oleh pihak KWSP untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk sendiri maklumat di laman sesawang rasmi KWSP.
Mcm mana pun kerajaan kena luluskan juga esok pengeluaraan wang kwsp dah hujung tahun rakyat kt tanah air semua pun susah thank you.
Syarikat yg saya kerja tak buang kerja saya, dia paksa kita org ni berhenti… panggil resign. Jadi tak dapat ke nak mohon?
Boleh la
Kalau macam ni kwsp akaun 1 yang ada rm 14ribu je. Maksudnya x layak memohon lah kan…? 😠😠ðŸ˜
bodoh..ingt yg qeja nie ada duit ka lahanat..