i-Citra KWSP cara untuk memohon | Bagi mereka yang mempunyai baki simpanan KWSP anda kini boleh mula membuat permohonan pengeluaran i-citra KWSP yang akan dibuka bermula 12 / 7 / 2021 iaitu lebih awal 3 hari daripada tarikh yang telah ditetapkan.
Apa itu i-citra?
- i-citra adalah salah satu daripada inisiatif kerajaan untuk membantu pencarum KWSP yang terkesan akibat daripada pandemik covid-19 dan untuk memastikan semua pencarum kwsp mengimbangi keperluan masa kini dan masa hadapan.
Bilakah tarikh i-citra mula membuat bayaran?
- Permohonan akan menerima sehingga 5 kali bayaran iaitu sebanyak RM1000 sebulan bergantung kepada baki dan jumlah pengeluaran i-citra yang akan dibayar secara terus bermula Ogos 2021.
Siapakah yang layak memohon?
Warganegara malaysia yang berusia 55 tahun kebawah termasuk bukan warganegara malaysia dan pemastautin tetap yang mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun KWSP pada tarikh permohonan.
Bagimana cara untuk memohon i-citra KWSP?
- Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi yang telah sediakan oleh pihak KWSP yang kami telah berikan pada pautan dibawah.
- Bagi memudahkan permohonan anda hendaklah membuat permohonan dengan menggunakan nombor telefon bimbit yang sama seperti didalam rekod KWSP bagi memudahkan pengurusan penerimaan One-Time Password (OTP) .
- Semua permohonan boleh membuat permohonan maksimum sehingga RM5000 tertakluk kepada jumlah baki simpanan dalam akaun 1 dan 2.