Sunday, May 28, 2023
HomeUncategorizedGKP 4.0 Permohonan Dibuka

GKP 4.0 Permohonan Dibuka

Gkerjaya Shopee Voucher

Khas untuk pembaca gkerjaya voucher free shipping, cashback dan juga discount setiap kali berbelanja di shopee.

GKP 4.0 Permohonan Dibuka | GKP 4.0 adalah bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro yang berkelayakan bagi membantu aliran tunai perniagaan di samping meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan.

Berapa jumlah Bantuan diberikan ?

Penerima yang layak akan menerima Total RM1000 dimana bayaran akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM500 pada bulan September 2021 dan November 2021.

Syarat kelayakan memohon

  • Bukan penerima GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 sebelum ini; dan
  • Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  • Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
  • Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
  • Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  • Berdaftar dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia(SSM) atau Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) sebelum atau pada 30 Jun 2021; dan
  • Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

Tarikh tutup Permohonan

Mereka yang berminat hendaklah membuat permohonan baharu GKP 4.0 yang akan dibuka mulai 15 Julai 2021 sehingga 31 julai 2021.

Cara memohon

Semua permohonan hendaklah dibuat secara online dengan menggunakan laman sesawang rasmi LHDN yang kami telah sediakan pautannya seperti dibawah.

Sila pastikan anda mengisi segala maklumat yang diminta dengan lengkap dan tepat bagi memastikan permohonan anda diterima dan dinilai sebaiknya oleh pihak LHDN.

Anda hendaklah membaca dengan teliti segala arahan yang telah ditetap untuk mengelakkan sebarang masalah semasa memohon.

Mohon

Soalan lazim

Berapakah nilai bantuan GKP 4.0 ?
Total RM1000.

Saya penerima GKP 1.0 , GKP 2.0 GKP 3.0 adakah boleh memohon ?

Anda tidak perlu membuat sebarang permohonan baharu.

Bilakah keputusan permohonan boleh diketahui ?

Tarikh semakan keputusan permohonan GKP 4.0 akan dimaklumkan oleh pihak Kementerian
Kewangan Malaysia (MOF) dari semasa ke semasa.

Permohonan saya GKP 1.0 , GKP 2.0 GKP 3.0 tidak lulus boleh kah saya memoho ?

Boleh. Permohonan baharu GKP 4.0 dibuka kepada PKS Mikro yang tidak lulus GKP 1.0, GKP
2.0 dan GKP 3.0 serta tidak mempunyai rekod permohonan GKP dan Bantuan Prihatin rakyat
(BPR)

RELATED ARTICLES

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

- Advertisment -

Most Popular

Recent Comments